Blogger Templates

Sunday, March 9, 2014

:: Kerdilnya Kita..Tapi Masih Lupa ::

Assalamualaikum olls..

Dah lama sangat rasanya tak menulis dalam blog ni..huhu..terlalu busy..tak ada idea..terlalu banyak masalah mendatang..so memang tak teringat langsung nak menulis dalam ruangan ni..
Tapi tak apalah. Setiap masalah yang datang tu kan adalah ujian dari Allah. Itu tandanya Dia rindukan kita..rindu nak dengar rintihan kita..sebab tu Dia datangkan masalah. mungkin Dia tengok kita makin lalai..makin menyimpang dari landasan sebenar..makin hanyut dengan kenikmatan duniawi..jadi Dia berikan sedikit kesusahan supaya kita ingat balek siapa kita di dunia ni.
Almaklumlah. Nama pun manusia..cepat lupa diri kan. Ha..sape tak nak mengaku, dia bukan manusia eak..hehehe..tak adalah..gurau je..siapa yang tak alami fenomena ni, alhamdulillah. Tu maknanya awak sentiasa muhasabah diri, ingat status awak sebagai manusia n hamba. Tahniah saya ucapkan. Tapi saya ni bukan insan sempurna..terlalu banyak kelemahan.so memang akan cepat lalai..huhuhu..

Sebenarnya coretan saya hari ni just nak bawa kita berfikir akan status kita di dunia ni..
Nak tau kenapa? sebab di sekeliling saya sekarang ni saya tengok ramai orang yang lupa diri. Lupa diri yang saya maksudkan di sini ialah, lupa bahawa diri kita ni terlalu kerdil di pandangan Allah.

Saya tengok kebelakangan ni ramai insan di sekeliling saya cepat je nak judge orang disebabkan orang tu buat kesalahan kecil..even perkara sekecil hama pun nak diperbesarkan sampai terjadilah World War III..ha..tak ke teruk sangat kalau dah sampai perang dunia ketiga tu..huhu..mungkin hiperbola sikit kot..hihi..
Tak adalah..cuma saya nak suarakan rasa terkilan..orang sekarang, suka bermasam muka..suka boikot-boikot kawan..dan yang paling teruk, ada jugak orang yang siap jadi batu api..sampai orang yang tak ada kaitan pun join sekaki..ish..ish..ish..tak sedih ke tengok umat Islam zaman kini? Sedih kan.. Alangkah bagusnya sekiranya orang tu berusaha nak damaikan orang yang tengah berperang tu..ni tak..siap curah minyak lagi..sedangkan mendamaikan di antara dua orang yang bermusuhan itu adalah sedekah..

Untuk pengetahuan anda-anda sekalian, benda ni tak ada kaitan dengan hal peribadi okey..(tengah berusaha supaya tak kaitkan..huhu..) bukan jugak bertujuan nak kondem orang-orang tertentu..just pandangan secara menyeluruh..hakikatnya, sukar sangat nak cari teman di kala duka dan orang yang berkasih sayang kerana Allah..sebab apa? sebab kurangnya sifat berlapang dada dan sabar dalam diri kita..(tak ketinggalan jugak si penulis..) sedangkan serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada..(leleh air mata den)

Pointya di sini, kenapa harus ada rasa macam tu eak? Saya tanya diri saya..(muhasabah sikit lah kiranya..tu yang buat saya tergerak hati nak menulis kat sini..) Jom kita bawa diri kita ke luar angkasa..outerspace..apa yang awak semua akan lihat?
Haa..tau tak..cakerawala kita ni dinamakan Bimasakti..kita tengok pulak bumi ada kat mana..line ke 3 lepas Utarid dan Zuhrah kalau tak silap..nampak tak tompok-tompok manusia kat bumi dari luar? TAK NAMPAK!!!!
Tahu tak..kat luar sana, selain galaksi kita, terdapat banyak lagi galaksi-galaksi lain dalam alam cakerawala ni..terlalu banyak..nampak tak apa yang saya nak sampaikan di sini?

Seorang manusia, mungkin hanya sebesar zarah sahaja jika nak dibandingkan dengan alam yang terlalu luas Allah dah ciptakan ni..tapi manusia still lupa..bila lupa, wujudlah pulak rasa bangga dengan harta..kekayaan..anak..pangkat..kepandaian..pokoknya, dia rasa diri dia lebih baik dari orang lain lah..kenapa perlu ada rasa macam ni? (tanya pada diri sendiri) Tak sedarkah kita, kita tak ada nilai pun di mata Allah..semua manusia sama sahaja kecuali ...????? Kecuali apa? Kecuali iman dan takwa..hehe..pandai murid-murid saya..hahaha..lawaklah..

Lawak, lawak jugak..tapi jangan lupa..di dunia ni terlalu banyak nikmat yang Allah bagi..tapi terlalu sikit orang yang bersyukur..terlalu sedikit..kita pulak termasuk tak dalam golongan yang sedikit tu? huhu..hai lah manusia..terlalu cepat lalai..terlalu banyak kisah orang-orang yang tak tahu nak bersyukur yang Allah rakamkan dalam kitab sucinya..harap-harap kita tak tergolong dalam golongan orang-orang yang macam tu..setiap kali berdoa, selitlah sedikit harapan supaya Allah masukkankan kita dalam kalangan orang-orang yang sentiasa mengucapkan syukur..jangan dok mintak rezeki..minta jodoh..minta macam-macam tapi lupa nak minta rasa syukur..

Saya harap kita semua (termasuklah diri saya sendiri) sedar dengan penuh kewarasan akan tahap kita sebagai hamba Allah..tak payah lah nak tunjuk diri awak tu bagus sebab hanya Allah yang boleh meletakkan tahap hambaNya..kita tak ada kuasa..INGAT QILLA! U R ONLY A SLAVE TO ALLAH! Jangan sesekai fikir awak tu lebih baik dari orang lain..sedar diri sikit ya Qilla..

Pesanan ini saya tulis sebagai tazkirah kepada diri sendiri..bagi yang terasa, saya mohon sejuta kemaafan..huhu..orang kata, bila kita ingatkan orang lain, kita pun automatik akan ingat sama. Tak salah kan saling mengingatkan..sebab tu lah tak ada istilah 'Dulu kau nasihat aku..tapi kau pun buat jugak. Pandai-pandai je nk tegur orang.' Siapa pernah terlintas berfikir or berperasaan sebegini, istighfarlah..sebab kalau dulu kawan awak tegur sebab dia sayangkan awak, tak nak awak tuntut di akhirat kelak sebab dia tak ingatkan awak supaya jangan buat macam tu..tapi sekarang dia terlupa dan dia diuji akan perkara yang sama pernah diuji pada awak, maka itu adalah tugas awak untuk ingatkan dia balik..sebab dia ada hak yang awak belum tunaikan. Nak ke dalam perjalanan awak menuju syurga nanti, dia tarik kaki awak sebab awak tak tunaikan hak dia untuk diingatkan dan dinasihati? Mestilah tak nak kan. Dah hepi-hepi nak masuk Syurga, tiba-tiba pulak ada orang tarik kaki..haa..silap-silap tersasar ke neraka..naudzubillah..huhuhu..

InsyaAllah..kita semua dalam usaha hendak memperbaiki diri kita sebagai hamba yang sentiasa ingat kepada  penciptanya..jom kita sama-sama buang ketulan hitam di hati kita..buang semua sifat buruk yang kita pernah ada..ingat tau..Allah sentiasa terima orang yang ada keinginan untuk bertaubat walaupun dulu terlalu banyak kejahatan yang dia lakukan..ya Allah..betapa luasnya maghfirahMu..huhu..tak ke kita bersyukur lagi sebab kita ada Allah, tempat mengadu dan bersandar? Beruntungnya kita..hasbunallahu wani'mal wakil..cukuplah Allah bagiku..walaupun satu dunia membenciku..because, I realise now that I love Allah more than everything..

Satu pesanan berguna.. (kalau rasa nonsense, abaikan je)
Sahabat yang baik adalah sahabat yang apabila melihat keburukan sahabatnya, dia akan berusaha untuk fixed kn sahabatnya..bukan nk judge sahabat sendiri..kemudian tinggalkan sahabatnya terkontang kating dalam kegelapan..biarkan sahabatnya itu sedar sendiri..mungkin kita tak dapat tegur secara bersemuka..so cukuplah kita doakan kebaikan dia..semoga sahabat kita sentiasa berlapang dada dan diberikan kesabaran..bila kita doakan orang, kita pun dapat sekali..so tak rugi ya..rajin-rajinkanlah diri awak semua untuk doakan sahabat awak..

Akhir sekali, saya mohon sejuta kemaafan kepada semua insan yang rasa disakiti disebabkan kata-kata saya..huhu..nobody's perfect right..but it's worth trying to fixed yourself..siapa tahu satu hari nanti usaha kita akan membuahkan hasil..sekian..wassalam..

0 comments: