Blogger Templates

Wednesday, August 15, 2012

Salam Ramadhan..
Sempena hari raya yang bakal menjelma,
saya nak minta maaf kepada semua readers sekiranya ada yang terasa dengan coretan2 saya sebelum ini..
semoga Ramadhan kali ini memberikan beribu erti kepada kita semua..
Selamat Hari Raya Aidilfitri..

Tuesday, July 10, 2012

Jangan berputus asa dengan rahmat Allah

Assalamualaikum...
Hanya untuk peringatan sahabat sekalian..serta diri ini..
Allah senantiasa mengampunkan dosa dan menerima taubat hamba2Nya yang memohon keampunan dariNya..

Imbas kembali..berapa banyak dosa yang telah kita lakukan??
Sudahkah kita bersedia untuk menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir??
Mari kita sama2 bertaubat kepada Allah selagi masih ada kesempatan..



Tak ada halangan antara Allah dan hambaNYA..

wallahu a'lam..

Friday, July 6, 2012

Bersyukurkah aku?

Assalamualaikum my dear readers..
yg tak pernah jemu menjenguk blog ne..
All I wanna say is just to thank all of you who had been encouraging me to write..thanks so much..

Alhamdulillah..pagi ne dapat menikmati pagi yang indah meskipun kat luar tu hujan..
tapi tanpa kita sedari, hujan juga merupakan salah satu nikmat Allah..
am I right? Yeah..I'm sure..why??
Yelah..kalaw tak ada hujan, dari mana kita nak dapat sumber air??
cuba bayangkan..kalau satu hari nanti dunia kita kering..kemarau..hujan tak turun..
ya Allah..betapa seksanya..sebab itu Allah turunkan hujan..kerana Dia lebih tahu apa yang hambaNYA perlukan..
tapi..kalau hujan ja memang ah tak best..kenapa plak saya ckp macam ne sedangkan hujan tu satu rahmat eak?
sebab kalau hujan sepanjang hari, banjir la pulak..huhuhu..
kerana itu, Allah jadikan angin untuk meniupkan awan yang mengandungkan air hujan..
lepas tu muncul pulak matahari untuk mengeringkan tanah yang terlebih basah dek hujan tadi..
memberikan sinar cayahanya kepada penduduk bumi..
membantu tumbuhan untuk menjalankan proses photosynthesis..kalaw tak ada matahari, macam mana nk jalan semua tu kan...??

Mari kita muhasabah diri kita...
Sebagai manusia, kita sering diuji oleh Allah..
Kadang bila Allah turunkan hujan..kita mengeluh..kain tak kering la..xdapat main bola lah..macam2 keluhan terzahir dari mulut dan hati kita..
Kadang bila hari panas, kita mengeluh lagi..panasnya..tak da mud la nak buat apa kalaw panas macam ne..
persoalannya, mengapa kita perlu mengeluh sedangkan kita tahu segala apa yang berlaku tu telah Allah tetapkan..dan berhikmah??
Tidak Dia jadikan sesuatu itu tanpa ada sebab yang tertentu..
Sepatutnya, kita sebagai makhluk Allah yang bernafas dengan udara segar yang diciptakan Allah ni patut bersyukur..bahkan perlu mengucapkan alhamdulillah bila Allah datangkan sesuatu..
tak salah juga kalau nak cakap alhamdulillah sewaktu ujian datang melanda..
kenapa??
of course la sebab dengan ujian, hati kita akan lebih menjurus kepada Ilahi..
at least tak gak lalai berhuha-huha dengan sahabat2 kita...

Focus utama yang saya nak ajukan di sini adalah berkenaan dengan syukur..
tanya pada diri..sudahkah kita menjadi hamba yang bersyukur??
tepuk dada..jangan tanya hati..
ikut hati mati..ikut rasa binasa..ikut nafsu lesu..
so..tanyalah iman anda..adakah aku sudah bersyukur atas nikmat yang Allah berikan di bumi ini??
ataw adakah aku seorang manusia yang sombong dengan nikmat Allah??
naudzubillah..ya Allah...jadikanlah aku hambaMu yang sentiasa bersyukur..
yang sentiasa mengingatimu dalan setiap gerak dan langkahku..
yang akan sentiasa merinduiMu.

Wallahu a'lam..
7 Julai 2012
7.40 a.m

Saturday, June 30, 2012

Kambing Dengan Manusia

Assalamualaikum rakan2 sekalian..
Alhamdulillah pada pagi 1 Julai ni dapat gak saya update entri..
Mesti pembaca semua curious kn kenapa saya buat perbandingan diantara kabing dengan manusia..
hmm..mari kita ungkapkan terlebih dahulu..hehehe..

Sebelum tu..saya nak tanya anda semua..
Kenapa Allah takdirkan dalam riwayat hidup Rasulullah, baginda pernah hidup dengan mengembala kambing ternakan milik masyarakat arab sewaktu baginda kanak-kanak?
Pernah terfikir tak?Sebenarnya saya pun tak pernah terfikir sehinggalah satu hari tu lecturer saya tanya soalan macam tu..Fuhh..tak boleh jawab punye..hahaha..
Kita pun tahu kan..setiap yang telah Allah takdirkan punya hikmah tersembunyi..
Disebabkan kita ne dah dikurniakan akal, oleh itu kita kenalah menggunakan akal kita tu untuk membongkarkan apakah hikmah disebalik setiap perkara yang telah Allah takdirkan..
Tapi, bukan berfikir apa yang belum berlaku tau..berfikirlah hikmah perkara yang telah berlalu..
Buka fikiran anda..tajamkan akal untuk berfikir..
Kadang-kadang, ada perkara yang dah berlaku tapi hikmahnya belum kelihatan..
Oleh itu, kita semua ne kenalah berusaha untuk bersabar..kerana di sebalik apa yang telah berlaku, pasti ada hikmahnya..^_^

Eh..telajak pulak..laen yang diutarakan..hehe...
Berbalik kepada persoalan tadi..
Kenapa Rasulullah gembala kambing sedangkan banyak lagi binatang lain yang dapat baginda jaga..??
Jawapannya..sebab perangai kambing sama macam manusia..
Eh, btol ke??haa..mesti korang tertanya-tanya kan..
Btol..cuba korang smua perhatikan..
Kambing bila dilepaskan di satu kawasan padang rumput, binatang2 ni akan bertempiaran..dorang takkan berada dalam satu kelompok walaupun dorg tak de lah banyak mane kn..hehe..

Tak caya?btol..tengok lah sendiri..
Sebab tu lah kambing ni disamakan dengan manusia..sebab kambing ni degil..
bersesuaian dengan perangai masyarakat Arab jahiliyah pada ketika itu..
Kiranya seolah-olah Allah nak biasakan Rasulullah dengan manusia yang bakal baginda pimpin, yang bersifat degil..yang bakal menolak ajaran baginda...
Dengan cara ni, Rasulullah akan lebih tabah untuk menghadapi kaum musyrikin Mekah..
Tapi, waktu tu Rasulullah sendiri tak tahu yang baginda akan menjadi utusan Allah..
Betapa sempurnanya perancangan Allah...
Tiada yang lebih mengetahui melainkan Dia..

Lumrah manusia bersifat degil..
kerana itu Allah menurunkan akal agar kita dapat berfikir mana yang lebih baik..
Tidaklah hidup kita ne lebih dipengaruhi hawa nafsu..
Namun kerana nafsu jugalah kita layak untuk memakmurkan bumi..
Kenapa? Sebab dengan adanya nafsu, maksudnya kita ada kehendak..
Bila adanya kehendak, kita dapat membuat keputusan yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran..
tapi berhati-hati..sebab bila nafsu lebih daripada akal, kita akan terjerumus ke lembah kehinaan..
bahkan lebih rendah lagi daripada binatang..
huhuhu..na'udzubillah..

Tajamkan fikiran..luaskan pandangan..
sama-sama tanya pada diri kita..
adakah kita lebih mengutamakan nafsu dari akal??
Tepuk dada tanya iman..
Wallahu a'lam..

Lupa lagi eak??

Assalamualaikum readers sekalian..^_^
hehe..jom..jom..kali ni nk ckp tentang apa eak??
hmm...jom kita wat muhasabah diri..nk tak???
macam maca??hmm..banyak caranya taw..
salah satu...jom kita dekatkan diri dengan Allah dulu k..hehehe..

Dalam en3 kali ni, saya nak kemukakan tentang salah satu lagu Maher Zain yang sangat memberikan kesan dalam hati saya sewaktu kali pertama saya dengar lagu tu..tajuknya adalah..Open Your Eyes..
siapa setuju yang lagu ne best, angkat tangan!!!
Haaa...tengok...ramai yg setuju..hehehe...

Kenapa saya cakap lagu ne beri kesan di hati saya??
Sebab dalam lagu ne, penulis bawa kita mengenang kembali setiap benda yang telah Allah ciptakan..
contoh yang paling dekat..Allah telah ciptakan tubuh badan kita dengan bentuk yang sempurna dan unik..
Pernah terfikir tak bagaimana kita nak bergerak, berkomunikasi, mendengar dan elihat ciptaan Allah, dan bermacam lagi sekiranya Allah tak ciptakan anggota badan zahir kita??
Sudah tentu susah kan??
Kalau orang yang cacat anggota tu..lain ckes lah..
Disebabkan setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang berbeza, sudah tentu mereka yang dikategorikan dalam kategori cacat memunyai kelebihan tersendiri..
Contohnya orang yang tak ada tangan..dia dapat menulis gak..tapi dengan jari kaki contohnya..
unik kan..subhanallah..
berkemungkinan gak mereka mempunyai kesempurnaan dalam berkata2 atau melontarkan idea yang bernas..siapa tahu kan..hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Lepas tu Allah kurniakan pulak kat kita akal fikiran..
Inilah salah satu keistimewaan makhluk Allah bernama manusia..diberikan akal fikiran..
Untuk apa????
Sudah tentunya untuk berfikir kan..hmm,,sape yang tak dapat jawab soalan ne...memey lah..hehehe..
Berfikir tentang apa??
Dalam al-Quran sendiri Allah dah suruh kita menggunkan akal untuk berfikir..mata untuk memerhati..
Maksudnya di sini, sentiasa melihat benda yang diciptakan Allah..fikirkan keunikan makhlik ciptaan Allah..
Jika kita teliti betul2...sudah tentu kita dapat rasakan betapa kerdilnya diri kita di sisi Allah..
Kerdilnya kita jika dibandingkan dengan alam cakerawala yang luas..
Subhanallah..maha suci Allah..
Bila kita sentiasa berfikir tentang semua ni..sudah tentu kita dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta kita kan..

Orang kata..bila tengok tumbuhan hijau..kita akan rasa tenang..
Pernah tak terfikir kenpa? Cepat fikir..!!!!!

Teeetttttttttttt..masa tamat..hehehe..
Sebabnya adalah..setiap tumbuhan hidup sentiasa berzikir kepada Allah..
Bila dengar alunan zikir, hati kita sendiri pn automatik rasa tenang kan??
sebab tu bila kita merenung tumbuhan hijau, ketenangan mula menjalar dalam hati..
memanglah kita  tak dapat dengar apa zikir yang dialunkan oleh makhluk Allah tu..
tapi kita dapat rasakan ketenangannya jugak kn..
Lagi satu..bila kita bandingkan diri kita dengan alam sekeliling yang juga merupakan makhluk Allah dalam konteks ketaatan beribadah, dorang lagi taat kan..
Always berzikir..berbanding kita..ada masanya kita berzikir..ada masa pulak kita lalai..
biasalah manusia..penuh dengan ujian Allah yang pelbagai..
Ada masanya ujian tu buat kita dekat dengan Allah..tapi ada masa pulak mereka yang tak tahan dengan ujian akan berpaling dari Allah..nudzubillah..huhuhu..
(harap sangat diri ini tidak tergolong dalam golongan tersebut..huhuhu)

Eh..cakap tadi nak muhasabah diri..tetiba pulak cite pasal bezikir la..kehebatan ciptaan Allah la..
hmm..sebenarnya..bila kita berfikri tentang kehebatan dan kesempurnaan apa yang teah Allah ciptakan, kita dapat dekatkan diri kita dengan Allah...dan seara tidak langsung, akal fikiran kita akan mula mengarahkan ingatan kita untuk kembali mengingati segala apa yang telah kita lakukan sepanjang kita bernafas di bumi Allah..

Cuba fikirkan kembali...
Layakkah kita untuk bernafas dalam udara yang telah diciptakan Allah sedangkan diri kita..hati kita..sering bermaksiat kepada Allah??layakkah??(huhu..persoalan ini saya lebih tujukan kepada diri sendiri..)
Betapa pemurahnya pencipta kita yang Maha Agung..
Masih memberikan peluang untuk kita bernafas di bumi ini sedangkan kita kekadang lupa kepadaNya..
Dia masih memberikan peluang untuk kita bertaubat..
Rakan pembaca sekalian..
Sanggupkah anda meninggalkan dunia ini dalam keadaan diri yang penuh dosa dan noda dunia??
Dah ready belom nak jawab soalan Munkar dan Nakir dalam kubur nanti??
Huhu..xsanggup rasanya nak membayangkan azab kubur..apatah lagi azab neraka..
Selagi masih ada waktu..marilah kita sama2 manfaatkan masa yang ada untuk bertaubat..amik peluang ni..mesti tau..kalau tak..nanti tak ada masa lagi untuk kita mengundur waktu..masa tu..hanya penyesalan bersarang di hati..tapi semua tu dah tak berguna lagi..
huhuhu...

Sama-sama kita kembali refleksi diri kita..
Tanya diri kita..
"Apa yang dah aku sumbangkan untuk agama?"
kalau belum ada, inilah masanya untuk menyumbangkan tenaga dan masa anda..
meskipun sedikit..at least masih ada yang dapat kita banggakan sekiranya di padang mahsyar nanti Allah tanya apa sumbangan kita..
tapi..yang penting..hati mesti ikhlas kerana Allah tau..
sebab bila hati tak ikhlas..semua amalah yang kita dah buat tu..macam tak ada apa2 ja..ibarat abu..kalau ditiup, terbang terus..tak ada maknanya..(hehehe..tak pandai lah nak bagi anaogi ne..maaf andai tersalah..^__^)

Cukup rasanya untuk kali ini..
Wallahu A' lam..hanya Allah yang mengetaui segalanya..
end at : 12.10 a.m

.:: Kenang Kembali ::.

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah malam ini saya berkesempatan untuk meluangkan masa untuk menulis entri seterusnya..
Setiap kali buka blog..perkara yang bermain di fikiran adalah..ap yang perlu saya tulis??
huhu..sebab tu kadang2 bila xda idea, xda new entri pn..hehehe...

Sekejap tadi baru ja buat blogwalking kt salah satu blog akhawat yang kiranya saya respect..
bila baca smua entri dya..ada satu rasa timbul..
entah kenapa..kebelakngn ini..rasa nak keluar dari jalan dakwah yang dilalui sekarang ni kerap kali bertandang di sanubari..
dan berkali-kali jualah usaha untuk meningkatkan keyakinan dihati berlaku..
huhuhu..mudah sungguh hati ini digugah..
kadang2 ujian yang datang membuatkan perasaan tidak ingin meneruskan perjuangan di medan dakwah tu muncul..huhu..betapa rapuhnya hati ini..

Walau bagaimanapun..
saya bersyukur sangat sebab masih ada insan yang berusaha untuk memaintainkan diri ini supaya terus berjuang melawan kehendak hati yang kadang kala bertentangan ngan tugas yang perlu dilaksanakan..
Bersyukur sangat2 sebab Allah telah memberikan insan2 yang sangat perihatin dengan diri ini..

Setiap hari..
saya perhatikan rakan2 di sekeliling..
gembira bila melihat perubahan positif seorang teman yang banyak berkongsi idea dengan saya..
bila nilai dia dengan saya...rasanya dia lebih baik..alhamdulillah sekarang ni dia dah temui jalan dia..
tapi saya??huhuhu..
makin menuju ke arah yang..ntah..sukar untuk diungkapkan..
semoga ujian yang melanda ni dapat menguatkan  lagi hati ini untuk terus berjuang menari redha Ilahi..
tujuan sebenar hidup : mencari cinta Allah..dan menggapai syurgaNya..

ya Allah..teguhkanlah hati ini agar lih kuat dalam menempuh segala ujian dariMU..

Thursday, June 21, 2012

Eh, dah gatal sangat?!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...

"Eh, dah gatal sangat?!!" Inilah respon yang paling banyak diberikan oleh ibu bapa kita apabila sang anak membuka mulut untuk menyatakan keinginannya untuk berkahwin lebih awal. persoalannya di sini, mengapa sekiranya seorang anak ingin bernikah lebih awal, orang tua mereka cenderung untuk melabel anak mereka dengan perkataan gatal dan sebagainya??

Dalam al-Quran, surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
"Dan diantara tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia telah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikannya di antara kamu suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Melalui ayat ini, jelas dinyatakan bahawa tidak salah sekiranya seseorang itu mahu berkahwin. malahan telah ditetapkan Allah bahawa setiap manusia itu mempunyai pasangannya sendiri.

Rasulullah sendiri telah bersabda yang berbunyi:
"Perkahwinan itu sunnahku, dan sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia bukan dari kalangan umatku."
(Riwayat Bukhari)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa perkahwinan adalah satu ibadah. Pada pendapat saya, ibu bapa seharusnya berfikir kepentingannya dari sudut pandangan mata anak-anak. Dengan berkahwin lebih awal, mereka boleh mengelakkan diri mereka dari terjerumus ke lembah kemaksiatan. Tetapi sudah tentulah dipersoalkan kembali, mengapa mereka membiarkan diri dan hati mereka terjebak dalam jurang cinta?hehe..ini pun bukan alasan untuk anak-anak mengambil jalan mudah untuk berkahwin awal. namun begitu, perkahwinan adalah satu ibadah. tidak salah rasanya jika seorang anak ingin berkahwin awal sekiranya dia sudah mampu untuk menyara hidupnya dan isterinya. Sekiranya belum berkemampuan, kan ada cara lain iaitu nikah khitbah. Apa tu nikah khitbah? Hehe..kalw nak tau, search lah kat pak cik google..hehehe..

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah sikap segelintir masyarakat kita pada masa kini yang memandang mereka yang kahwin awal dengan pandangan yang buruk. Sepatutnya, kita sebagai masyarakat yang hidup dalam kelompok masyarakat Islam harus memahami perkara ini. Tapi apa yang peliknya, jika berbicara soal perkahwinan, orang akan mngaitkan dengan Islam. Tetapi perkara lain tidak dikaitkan dengan Islam. Contohnya dalam soal menutup aurat. Kenapa eak??? Saya pun tertanya-tanya sebab mereka ni seolah-olah mengambil sebahagian hukum dan menola sebahagian yang lain. huhuhu..naudzubillah..huhuhu..saya tak ada hak nak menghukum mereka sedemikian..hanya Allah yang lebih tahu..

Dah lah..tak nak la merepek panjang-panjang...takut pulak saya nanti mula melalut..huhu..
dalam entri ni, saya hanya ingin mengutarakan kepelikan saya dengan ibu bapa yang mengalang anak mereka berkahwin awal. Memanglah..saya akui. Pendidikan tu lebih penting. tapi sekiranya mereka akan melakukan maksiat apabila tidak berkahwin, lebih baik memilih untuk berkahwin awal kan??
tapi, peringatan untuk para remaja..pandai-pandailah kontrol perasaan..semain iman dalam diri..hiasi diri dengan taqwa..insyaAllah dengan iman yang mantap dalam hati, pasti akan dapat hindari masalah virus pink ne..hehehe..

.::Sekelumit Rindu::.

Assalamualaikum..
salam ukhuwah salam mahabbah..
hmm..terlalu lama rasanya saya sudah lama tidak mengupdate blog ne kan..
hehe..sudah kehabisan idea untuk membuat entri baru..

sedar tak sedar sekarang ni dah masuk semester yang kedua degree saya belajar di IPG Kampus Sarawak..tapi masih lagi berada di tahun yang pertama...
pagi ni saya akan membuat entri baru..
sebenarnya saya dah tulis semalam..tapi pagi ne baru dapat postkan dekat page ne..huhu..
tak apalah..yang penting saya still dapat share rahsia hati saya..^_^

pagi-pagi Jumaat yang tenang dan indah macam ne..
mengundang sayu dan sendu di hati ini..
mengenang dosa dan maksiat hati yang selama ini dilakukan..
huhu..hinanya diriku..

Ya Allah..sesungguhnya diri ini sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan
untuk terus bernafas di muka bumiMu..
janganlah Kau ambil nyawa yang telah dipinjamkan sebelum sempat diri ini bertaubat..
sebelum sempat diri ini meraih cintaMu..
Tanpa disedari..
semakin banyak masa berlalu..sebenarnya semakin banyak peluang
yang diberikan Allah s.w.t untuk diri ini terus bertaubat..

Bayu yang bertiup menusuk ke segenap urat darah..
membuatkan minda ini merenung keindahan dan meunikan makhluk ciptaan Allah ini..
mengenangkan diri sendiri..yang telah diciptakan sebagai khalifah di muka bumi..
sebagai penegak agama Allah..
namun sayangnya..apa yang telah dilakukan??
diri ini lebih memilih untuk bermaksiat kepada Allah..
aduh..! betapa hinanya diriku..

kelopak mata dipejamkan..
cuba untuk membayangkan azab Allah atas dosakecil, dosa besar dan kekhilafan yang pernah dilakukan sepanjang bergelar makhluk Allah..
memaksa diri mengenangkan siksa kubur yang akan diberikan..
betapa azabnya siksa yang Allah telah tetapkan...
lalu kuikhlaskan hati menyembahNya..
dalam sujud..diri ini memohon keampunanNya..

Ya Allah..ikhlaskanlah hatiku...teguhkanlah imanku..kukuhkanlah agamaku..
luruskan niatku dalam menyembahMu..bimbinglah dan dampingilah diriku menuju jalanMu dan meraih cintaMu...ampunkanlah dosa-dosaku kerana hanya Engkaulah sebaik-baik pengampun dosa..
berikanlah diri ini kesempatan untuk memperbaiki kesilapan dan kekhilafan..
sesungguhnya diri ini sedar akan betapa banyak dosa yang telah dilakukan..
namun diri ini juga sedar akan betaa luasnya maghfirahMu terhadap hamba-hambaMu..

Mengenangkan diri yang penuh dengan noda dunia..
sedih menusuk kalbu..
sungguh..mengapa diri ini terlalu lalai mengharungi arus kehidupan..
sedangkan panduan untuk terus menjadikan ad-Din sebagai landasan
hanya berada di depan mata..
meskipun tahun baru belum menjelma..
namun azam baru ingin ditanam..
agar terus mengorak langkah menuju jalanNya..
teruskan berjuang...!!!
ya Allah..berikanlah aku kekuatan...

wallahu a'lam...

Saturday, May 5, 2012

Mahabbah dalam ukhuwah

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah dapat lgi bersua..hehe
Walaupun dh dekat nak exm..
teringin gak nak wat sharing skit..hehe..
lgpn dh lma kn xwat en3 baru..

cakap pasal mahabbah, taw tak apa tu mahabbah??
nak tau ape???
mahabbah tu rasa kecintaan dalam hubungan persahabatan...
(kalaw salah tago eak..huhu)
rase2 korg lh kn..penting tak mahabbah ne dalam sesuatu perhubungan??

Rasulullah bersabda..
"Tak kan sempurna iman seseorang muslim itu sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
maksudnya di sini, rasa cinta pada sahabat tu perlu ada dalam diri kita..
dalam usaha untuk memelihara ukhuwah..
kita slalu dgr istilah kawan makan kawan kan..
kadang2 orang yang tau tentang mahabbah ni pn tak amalkan dalam kehidupan..
mengguris hati sahabat lebih dia senangi..

Macam mana eak nk hidupkan mahabbah dalam ukhuwah kita ni???
Antaranya : terima kekurangan dan kelebihan sahabat kita seadanya..
yang ni susah sikit sesetengah orang nak buat..
kadang2 kita x sedar pn yang kita ni nak sahabat kita sepertimana yang kita inginkan
tanpa menilai sama ada sahabat kita tu mampu atau tak..
bab ni saya sndiri pon lemah jugak sebab tak sedar..
(huhuhu..sbb tu org ckp..think b4 u do samting..)

tapi.saye bersyukur sangat sebab ada sahabat yang akan sering berikan pendorong
tatkala hati berada jauh dari jalan yang lurus..
mcm yg pernah saya utarakan sebelum ini..sahabat yang baik adalah..
dya yang apabila kita melihatnya, akan bertambah keimanan di hati kita..
mahabbah..sayangi sahabat anda apa adanya..
insyaAllah orang yang mengasihi dan mencintai kerana Allah akan disayangi Allah..
wallahu a'lam..

::.Lets make over ourselves.::

BERUBAH!!!!!!!
Words yang sangat menggerunkan semua orang right..
tapi hakikatnya itulah yang perlu kita lakukan..terutamanya diri ini..
bak kata sahabat saya..hidayah Allah untuk kita berubah dah sampai
tapi usaha kita untuk berubah tu yang belum ada.
sebagai seorang insan yang beragama Islam,
teringin sangat nak jadi seorang wanita muslimah yang mlambangkan ciri-ciri Islam dalam diri..
tapi..jujur mengatakan..godaan di sekeliling terlalu kuat..
lebih-lebih lagi bila bercakap soal hati..

Bila bercakap tentang hati..semua orang akan cakap..
tak dapat lah nak buat..hati lom ikhlas..
tak nak lah selagi lom dapat hidayah..
hmm..kenapa kita perlu persoalkan hidayah??
kadang-kadang kita sendiri perlu memaksa diri kita untuk menunaikan seruan Allah
walaupun dalam keadaan terpaksa kerana hakikatnya seruan itu memang wajib dilaksanakan..
dalam konteks ingin memperbaiki diri, keikhlasan tu perlu..
istiqamah adalah teman terbaik di saat ingin melakukan perubahan..

Monday, February 27, 2012

:: Mnusia??Siapa Sebenarnya? ::

Assalamualaikum..
Alhamdulillah hari ne sy berkesempatan utk menulis dalam en3 kali ni..
hmm..hidup kita sbg manusia x pernah sepi dari tanggungjawab dan amanah yang perlu kita laksanakan..
btol x??sebab tu la sy skrg ne bz tol..huhuhu..
almaklumlah duduk kt IPG..
mggu lepas baru je abez BIG camp..
huhuhu..sun burn abez muka..kontra giler..
huhuhu..

Dalam kesempatan ni nk jugak la bawa kita semua ni kmbali menilai diri sendiri..
sebab apa?sebab manusia ni mudah lupa..
bkn 'Melayu mudah lupa' je taw..
tapi dh memang fitrah manusia itu sendiri yg mudah lupa..
Bila bandingkan diri kita dengan dunia yg seluas alam ni,
sebenarnya kita ni kecik je.. ibarat semut di kaki bukit..
bahkan lebih kecik lgi dri itu..subhanallah..maha suci Allah..
jauhkan diri kami dari bersifat takabbur..aminn..

Cuba tanya diri kita..siapa kita sebenarnya??
Manusia diciptakan sebagai hamba dan khalifah di muka bumi..
tapi kita x sedar yg kita jugalah yg menghancurkan bumi..
kita x sedar yg kita x jalankan tanggungjawab kita yg telah digariskan Allah..
bukan setakat sebagai khalifah..malah sebagai hamba pn kdg2 kita abaikan..
naudzubillah..moga kita dijauhkan daripada golongan tersebut..aminnn...
Bila dihitung nikmat yang Allah dah bagi kat kita ni..
konfem x terhitung banyaknya...tapi kenapa kita masih alpa??
sepatutnya kita perlu bykkn bersyukur...
bersyukur atas nikmat yg tlh Allah kurniakan pada kita..

Cuba kita nilai balik...
selama hidup di dunia ni..apa yg aku kejarkan??
terutama sebagai pelajar..??
memang tanggungjawab kita sbg pelajar adlh utk menuntut ilmu..
tapi kita kdg2 lupa krn apa kita tuntut ilmu..
ada sesetgh org dptkn ilmu utk mndpt kemasyhuran..
shingga mengabaikan kewajipan yg lain..
sesetgh org tntut ilmu untuk mencari kekayaan..
sampaikan timbul sifat nafsi2..pentingkan diri..
tak hiraukan pun org yg di bawah..
lebih teruk lagi..
ada org yg xnak langsung tuntut ilmu..
huhuhu...x nak gunakan nikmat yg Allah dah bagi..
sedangkn salah satu cara utk mnsyukuri nkmt Allah adlh dgn menggunakan nkmt dgn sebaiknya..

Sahabat sekalian..
Jom kita kembali kpd yg fitrah..
renungkan kembali..dari mana kita datang????
Dalam Surah al-Hajj Allah dah terangkan dengan jelas..dari mana kita diciptakan..
Dari tanah dan setitis air mani..
kita x lihatkah betapa HINANYA penciptaan manusia itu??
atau ada lagi yang masih nak berbangga???
manusia itu hina..tetapi ia dimuliakan dengan adanya roh..
roh yg menghidupkn jasad yg kaku..
sebab tu kenapa Allah muliakn manusia dri syaitan..
sehinggakan Dia memerintahkan makhluk lain bersujud pada Adam..
Tetapi yg membezakan kita dengan binatang adalah...AKAL..
so sape yg wat samting x gune akal..lebih teruk dari binatang..
huhu...naudzubillah...

Kenapa pulak kita mesti lalui dunia??
x boleh ke kita terus ke alam akhirat???
Allah dah tetapkan..dunia adalah sebagai persinggahan kepada alam akhirat yang kekal abadi..
malah dunia adalah permulaan kepada kehidupan di akhirat..
di mana di dunialah tempat kita beramal dengan sebanyak-banyaknya..
Di dunia kita diberi pilihan utk mnjdi yg baik atau sebaliknya..
pilihan terletak di tangan kita..tapi...
kita kena igt..setiap apa yg kita lakukan tu..pasti akan dipersoalkan nnt..
sebab tu kita diberi akal utk menilai..
mana yg baik n mana yg buruk..

Pada akhirnya..
ke akhirat jua kita...kepada Allah jua kita dikembalikan..
alam akhirat dilalui utk dihisab segala amalan..
Bila cerita pasal hari akhirat semua takot..
tapi ada x yg tergerak hati nak ubah diri??
atau nak tambah amalan supaya trgolong dalam golongan yang paling akhir..
iaitu golongan yang beriman dan beramal soleh??
(peringatan ditujukan khas buat diri ini yg selalu alpa..)
kalau ada alhamdulillah..
sesungguhnya org tu masih tergolong dlm glgn org2 yg disayangi Allah
sebab Allah masih gerakkan hatinya..
Jangan keras sangat hati sampai nanti satu masa
Allah tutup pintu hati kita utk trima kebenaran..
naudzubillah..

P/S : kita di dunia ni hanya sebagai hamba Allah..so..kita kena jalankan tanggungjawab sebagai hamba....^_^

wallahu a'lam..

Sunday, February 5, 2012

:: Salam Maulidul Rasul ::

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..dpt jugak luangkan masa utk menulis dalam en3 kali neyh..
hri neyh dh 13 Rabiul Awal..
huhuhu...semalam maulidul Rasul..busy sgt..
dgn perarakan...dgn forum...mcm2 lgi lh..
tp alhamdulillah sbb diri ini disibukkan dgn benda2 yg baik..
especially yg meningatkan diri ini kepada Nya dan kekasih Nya..

Sempena maulud nabi neyh..
sya nk amik kesempatan utk mengucapkan
salam maulud nabi kepada semua umat Islam..
alhamdulillah hri neyh kita masih lgi dpt menyambut hari kelahiran
kekasih semua umat Islam iaitu Nabi Muhammad..

Alhamdulillah kelmarin ada perarakan maulud nabi peringkat kebangsaan..
thn neyh Miri yang jadi tuan rumah..
IPG Miri hantar wakil perarakan dlm 100 lbh jgk la..
tp yg pentingnya bkn psal berarak..atau hantar wakil..atau apa2 ja lh...
yg pentingnya...dpt berselawat ke atas Nabi junjungngan kita..
Nabi Muhammad S.A.W

Bersempena dengan hari kelahiran baginda neyh, mari kita sama2
kenang kembali...saat2 perjuangngan baginda nabi dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini...
perjuangan baginda dan para sahabat yang teguh keimanan..
walaupun terlalu banyak cabaran yang perlu citempuh,
namun iman baginda dan para sahabat tetap utuh..
kerana apa??
kerana yakin akan janji Allah tentang ganjaran syurga bagi orang2 yang memperjuangkan kalimah Allah dan kemuliaan agama Islam..
Namun begitu, para sahabat sekalian...
kita mengenang Rasulullah ne bukan sahaja pada waktu kelahiran baginda..
malahan kita perlu mengenang dan mengingati baginda pada setiap hari...
dengan cara yang macam mana??
dengan cara beramal dengan sunnah baginda dan melaungkan selawat ke atas baginda Nabi..

Nak taw tak macam mana Maulud Nabi ne bermula??
sebab dulu bukannya ada para sahabat menyambut hari kelahiran baginda Nabi..
ni nak share lh sikit..
menurut maklumat yg saya dapat daripada forum yang saya hadiri semalam,
masa tu tahun 583 Hijrah.. memang waktu ne Rasulullah dan lama sangat wafat..
waktu ni adalah pada waktu pembukaan kali ke-2 al-Quds oleh Salehuddin al-Ayyubi..
beliau menawan kembali kota al-Quds yang telah ditawan oleh tentera Salib..
Bila beliau dapat menakhluk kembali kota tersebut, beliau dapati umat Islam yang terdapat pada ketika itu sangat lemah iman mereka..
Oleh kerana itu beliau telah membuat perbincangan bagaimana hendak menguatkan kembali keimanan umat islam..
Hasil perbincangan tersebut mempersetujui supaya rasa keberadaan Nabi Muhammad dalam kalangan umat Islam perlu dihidupkan kembali..
Oleh kerana itu, mereka berkeputusan untuk menyambut kelahiran Rasulullah pada setiap 12 Rabiul awal..
alhamdulillah..maklumat ne pun sya baru tau..
rupanya macam tu peristiwa yang menyebabkan sambutan Maulidul Rasul ne...

Wahai sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama menyeru
diri kita dan orang ramai supaya kembali mengingati dan mengambil pengajaran daripada sirah Rasulullah..
banyakkan selawat kepada baginda kerana orang yang paling bakhil adalah mereka yang tidak berselawat ke atas Nabi..
janganlah kita tergolong dalam kalangan mereka yang bakhil dan sombong...
^_^

Wallahu a'lam..

Monday, January 23, 2012

Berrtemu dan Berpisah Kerana-NYA..

Assalamualaikum..
Alhamdulillah akhitnya berjaya jugak lapangkan masa menulis kat en3 ney..
Sebagai hamba kita sepatutnya bersyukur kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan meneruskan perjuangan kita di jalan Allah..
Dalam kesibukan orang2 cina meraikan tahun baru cina,
alhamdulillah kami kat sini berkesempatan untuk menjalin hubungan persaudaraan
yang InsyaAllah hanya kerana Allah..

Hari Sabtu dan Ahad wlaupun masa tu pendek sangat..
saya dan rakan2 tetap gunakan masa yang ada untuk
mengenali akhawat2 daripada Sibu dan Bintilu yang berjaulah
ke Miri..
seronok sangat dapat kenal ngan dorang sumua..
banyak crita ktaorg dpt..dpt taw mcm mna khidupan dorg..
even masa tu pendek..tpi andai niat hanya kerana Allah,
segala yang berlaku msti kta akn hargai
dan semuanya msti trasa manis..

Ya Allah,
Kau panjangkanlah persaudaraan kami..
Lorongkan hati kami hanya kepadaMu..
Berkati dan rahmatilah Persaudaraan yang terjalin antara kami..
Amin ya Rabb..

Wallahu a'lam..

Wednesday, January 4, 2012

Ketika Cinta Memanggil

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil mu
Karna setiap jiwa telah bersumpah
Setia hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah Dia
Hati kan memuja hanya pada Nya


Ketika cinta memanggil gementar tubuhku
Ketika cinta memanggil hangatnya nafasku
Ketika memanggil sang rindu
Ketika cinta memanggil...

Rindu..rindu..rindu..kalbu
Memanggil2 nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
Tenggelam di lautan cinta Mu

Berpadu kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Artis : Opick

try la dgr lagu neyh..sedap..best dgr..
nyanyian lagu jiwa..
hehehe..^__^