Blogger Templates

Thursday, October 27, 2011

 Luangkan sedikit masa utk berdaurah 

Assalamualaikum...hehe..
lma tak jenguk blog nie..ada busy ciket..hehe
tak lama lagi nak exam..huhu...nebes la pulak..huhu..
insyaAllah dengah usaha..doa..dan tawakal pada Allah, smuanya pasti akan jadi lebih baik..
Aaaminnnn...

Tapi dalam sibuk mengisi masa dengan study, alhamdulillah saya dapat jugak menghadiri majlis ilmu..
saya berkesempatan utk attend daurah hari Rabu hari tue b'sama kakak Pengajian Agama n beberapa orang lagi kakak pengajian lain..dya punye penceramah..konpom la En. Amir...pengerusi IKRAM daerah Miri nie..

Hari tu, kami bincang pasal pentingnya usrah n macam mana nak sustain hadir usrah nie..nak tau kenapa? Sebab bukan senang tau nak sustai hadir usrah..kalw tanya kat adik2 knapa dtg usrah, biasanya dorg akn ckp sbb kakak naqibah swuh..masa tue msti ati rasa sedih ciket kn..tp x pe sebab lama2 bila hati dah terdidik dengan tarbiah, insyaAllah org2 ni akan mengikhlaskan hati menghadiri majlis ilmu dengan niat semata-mata kerana Allah...aaaammmmiiiiinnnnnnn...

Dalam sesi nie, mula2 kami smua kne swuh analisis tau..analisis surah al-Baqarah ayat 151-157 berkaitan dengan pendidikan..hehe.saya pun tak tau nak analisis macam mana so diam2 jer arh..hehe..denga jew kakak2 tu menganalisis..huhu..tapi last2 saya faham gak..alhamdulillah..hehe..ketujuh-tujuh ayat nie citer sal pendidikan taw..bukan la direct dya citer sal kene blaja laa...apa la...TAK..tapi dalam ayat nie, kita dpt tgk Allah nak didik kita dengan cara Tilawah..Tazkiyah..Ta'alim..dan juga Jihad...hehe..kalw tak cayew...tengok la tafsir al-Quran..huhu..apa yang saya faham dari ulasan yang dibuat oleh En. Amir, keempat-empat komponen ni penting sangat dan biasanya dibincangkan dalam usrah..

Saya suka ngan ayat nie..En. Amir ckp, tak ada satu manusia pun yang akan terlepas dari dididik..even Rasulullah pun dididik oleh malaikat Jibril..huhu..hebat kan percaturan Allah.tinggal nak dengan tidak je sediakan diri especially hati untuk dididik..hehe..komponen2 tadi tu penting dalam membangunkan roh, akal dan jasad sebab 3 benda ni akan terlibat secara langsung dalam proses tarbiyah..seterusnya akan melahirkan individu yang memahami Iman, Islam dan Ihsan...dan secara tidak langsung akan membuahkan benih2 ketaqwaan dalam didi individu tersebut...ketaqwaan yang akan membawa kepada redha Allah..bahagianya manusia ni sekiranya mendapat redha Allah..tapi bukan senang taw...kena jalani banyak peringkat..kalaw sekali je attend usrah..pas tue daurah langsung tak nak pergi...orang macam tue dah tutup peluang dia untuk mendidik hati..huhu..cedeh..sob..sob..

kat sekeliling saye nie..ramai orang yang attend usrah semata-mata sebab kakak naqibah suruh..asal dgr psal usrah je..mesti dorg smue ase mcm mls nk hadir...tak dinafikan jugak saya mcm tue dulu..huhu..tapi lama2, bila dah rapat ngan kak naqibah, rase best jew nak dtg usrah..huhu..tapi bila rase down giler je..msti malas nk dtg smpai berharap xde usrah..huhu..Ya Allah..jauhkanlah perasaan macam tu kat dalam hati hambaMu ini..huhu..

Dlm 1 slot, En. Amir tayangkan video sal Sang Murabbi tapi tak abez la...citer siket2 jew...tapi dalam citer tu tunjukkan mcm mna dorg smua berusahauntuk bangunkn kmbali Islam..nnti sya nk tgk yg full version la sbb x phm sgt yg kena tayang tue...almaklumla bahasa indon pedalaman..huhuhu..Saya teringat sal satu video yang saya tgk baru2 nie gak..tajuknya sang pencerah..citer nie best gak..sal ntah ape name wtak tue..tapi dya nie tetap berusaha mengembangkan dakwah sejak balik dari Mesir..tapi ulama2 kat kwsn dya tu suke atie je nk label dya kafir..huhu..sedihnye bila umat Islam sndiri labelkan org berilmu yang benar sbg kafir..rase mcm kmbali pd zmn Rasulullah dulu jew...bila dya nk betulkan kiblat pun, dya dituduh kafir..huhu...padahal dah terang2 kiblat dorg salah...teguhnya hati seorang hamba Allah utk sebarkn Islam..utk menegakkan Islam..ni la hasil didikan tarbiyah..huhu...bila la saya nk smpai ke tahap tue..huhu..susah tol nk mujahadah lawan nafsu..huhu..kalw ng bukan nafsu la namanaya kan...huhu..sbb bnde yang nafsu kite suke, konpom syaitan pon suke..n bnde yg dua tu suke...konpom best n mndtgkn dose..huhu...naudzubillah...

huhu..malas la nk tulis panjang lebar...hehe..nanti ade pulak org jemu nk bace..huhu..
sampai sini je arh..yang penting, usaha tarbiyah bukn sahaja memerlukan usrah...tapi juga perlu hadir daurah, mukhayam..Mabit...Riadhah...Rehlah...dan Muktamar..kesemua peringkat ni kalw dpt attend alhamdulillah..sbb dlm stiap aktiviti nie kita dpt mnfaatkn dgn byk bnda trutamanya dlm menghayati dan menilai keindahan alam ciptaan Allah..

bersama-samalah kita saling mengingati dalam menyebarkan dakwah Islamiyah...
al-Jihdu fi sabilillah..^_^

Tuesday, October 25, 2011

Janji yang tak tertunai..

sungguh..berat rasa di hati ku
hari ini hatiku disapa rasa bersalah..
bersalah kerana janji yang dulu aku katakan belum ku penuhi..
sbelum ini aku telah berjanji untuk menghubunginya..
.tapi apabila keadaan benar-benar mengizinkan, aku akhirnya terlupa...
terlupa akan janji yang dulu pernah aku metrai..

Ya Allah..khilafnya hamba Mu ini...
hamba Mu ini telah menyakiti sekeping hati pada saat ini..
ya Allah..Kau tiupkanlah kesabaran di dalam hatinya..
beserta dengan kelapangan..
agar hatinya tenang dalam mengharungi segala dugaanMu..

jauh di dasar hatiku aku ingin melihat sahabatku ini gembira..
gembira dengan keadaan hidup yang ditempuhinya..
bersama dengan rakan-rakan yang sefikrah dengannya..
betapa berat ujian yang diberikan untuknya..
tanda Allah itu sangat menyayanginya..
aku ingin menjadi sahabat di saat suka dan duka..
namun perbezaan di antara kami membataskan..
aku masih takut akan kemurkaan Allah
andai aku melanggar batas yang telah digariskan..
maka ya Allah..kau kurniakanlah teman yang memahaminya..
aku takut satu hari nanti aku tersasar..
terhunjam di lembah kehinaan
hanya disebabkan kealpaan yang memakan diri..

ya Allah..ampunilah daku..
hambaMu yang lemah lagi hina dan daif ini..

Friday, October 21, 2011

.:: Jadilah Kumbang yang Hebat dan Bunga yang Mekar ::.

Assalamualaikum.
ntah kenapa tiba2 terfikir tentang hal ni..
"Jadilah dirimu kumbang yang hebat...dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar.."





Kata-kata ni pernah saya tujukan buat seorang hamba Allah daripada kaum Adam..dia yang pernah saya kongsikan perasaan yang sama..tapi disebabkan saya lebih memilih syariat Islam yang hanya membenarkan hubungan halal yang diredhai Allah, saya mengambil keputusan untuk memilih jalan ini..jalan terbaik untuk menjaga hati masing-masing..Allah lebih tau apa yang terbaik buat hambaNya..kadnag-kadang tidak semua yang baik untuk kita tu semuanya kita suka..tak..dan kadang-kadang tak semua yang kita suka tu baik untuk kita..hakikatnya hanya Allah yang maha Mengetahui setiap yang baik untuk kita..saya harap dia faham mengapa saya ambil jalan ni..

Saya tengok ramai akhawat yang tersungkur bila cakap soal nie..tak payah tengok jauh2..juz tengok orang yang berada berdekatan saya..ramai yang macam ni..bila saya share dengan dorang perihal apa yang saya lakukan, dorang teringin sangat nak buat macam apa yang saya lakukan..ya..memang susah nak buat benda tu..lebih-lebih lagi bila orang tukita sayang sangat..tapi cuba kita fikir balik..siapa yang lebih kita sayang berbanding seorang lelaki dengan Allah???sudah semestinya Allah kan..

Bila saya mula-mula amik angkah ni, saya fikir banyak kali tau..ya lah..tak tau apa yang bakal saya hadapi di hari kemudian..tapi sebagai hamba Allah, kita kena lah redha dengan Qadha' dan Qadar Allah..saya amik banyak masa juz disebabkan nak terangkan niat saya kepada dia..mulanya, dia cakap dia faham apa yang saya maksudkan..tapi hakikatnya, dia masih tak faham..tapi akhirnya saya berjaya..berjaya untuk mengawal hati ini dan hatinya daripada terus terjerumus dalam lembah kejahilan..lebih2 lagi bila dia luahkan hasrat hatinya agar hubungan kami menjadi hubungan yang diredhai Allah..mungkin dia kurang pengalaman dalam soal nie..sebab dia gunakan cara yang salah..huhu..jadi sebagai orang yang sedar akan masalah ni, saya terpaksa sedarkan dia..dan akhirnya kami wat keputusan ni..biarlah hanya Allah yang menentukan pasangan hidup saya dan dia..kalaw saya bukan ditakdirkan untuk dia, sudah tentu Allah akan berikan yang lebih baik buat kami..^_^ so di sini tak ada apa yang perlu ditangiskan..dikesalkan..yakin hanya pada Allah..

Daripada terus biarkan hati kita rosak dengan cinta yang kita sendiri tak tahu ke mana hala tujunya, better selamatkan hati tu..once hati kita tenggelam jauh ke dasar, buka mudah nak push semua supaya jadi kembali sediakala..bukan susah..hakikatnya..Cinta Allah Cinta yang Abadi dan Hakiki...hanya orang bertuah yang beroleh cinta seperti ini..

Ya Allah, berilah peluang buat hambaMu ini
untuk merasai kehangatan cinta dariMu ya Allah..
Kau berikanlah pasangan yang terbaik buat diriku
kerana hanya diriMu yang mengetahui segala-galanya..
jauhkan aku dari cunta duniawi
selagi aku belum beroleh cinta dariMu...


Wallahu a'lam...

Bidadari Hati Seorang Lelaki

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian...^_^
Sekarang ne cuti kat IPG dah bermula..ramai kawan-kawan yang balik..
yang tak balik tu..alamatnya jadi jeruk kat dalam hostel la..huhu..


hari ne saya nak cerita psal satu topik yang memang dah biasa kita dengar..
rasa-rasanya apa eak??/hehehe..tentang WANTA!!!
hmm..^_^..
korang tau tak..wanita ni salah satu ciptaan Allah yang unik tau..nk tau kenapa??? sebab orang lelaki selalu kata kaum wanita ni lemah..tapi hakikatnya Allah ciptakan wanita dengan pelbagai kelebihan lain mengatasi lelaki..dalam erti kata yang lain, wanita ni kuat jugak la kn..hehe.. percaya atau tak, terpulang kepada diri individu tu sendiri..

Cuba kita imbau kembali...dalam sejarah Islam sendidi ada Khadijah..Sumaiyah..Masyitah..Asiah..dan banyak lagi tokoh-tokoh pejuang wanita..means...wanita tugasnya bukan hanya terperuk kat ceruk dapur macam kebanyakan lelaki fikirkan..tapi alhamdulillah sekarang ni kita dapat lihat banyak wanita yang berkerjaya...dalam situasi yang lain pulak, lelaki tak boleh hidup tanpa wanita..tapi saya yakin wanita boleh hidup tanpa lelaki asalkan dia tak hidup seorang diri..betol tak??

Lelaki sangat perlukan wanita..adakalanya di sebalik kejayaan seorang lelaki tu, mesti ada nama seorang wanita dan disebalik kegagalan mereka pun pasti ada seorang wanita..betol tak? Ada yang tak setuju??(no need to tell me..hehe) Hebat kan wanita..banyak sangat bagi kesan pada lelaki..sampai kadang-kadang sebab insan yang bergelar wanita ini jugaklah hati seorang lelaki jadi lalai..lalai daripada mengingati Allah..lalai dengan kehidupan duniawi..(huhu..na'udzubilahi min dzalik..)


Wanita boleh mempengaruhi seorang lelaki..dalam erti kata yang lain...wanita boleh ubah sikap seorang lelaki..ada seorang kakak senior saya cakap..'Kita takkan pernah dapat ubah lelaki so jangan pernah terfikir nak lelaki!' hurm...truthfully, saya tak berapa la nak setuju dengan statement kakak tue..sebab ada certain lelaki yang berubah disebabkan wanita..tapi!!! ada tapinya tau..tapi, seorang elaki tu mesti ada keinginan yang kuat untuk berubah..seorang hawa hanya boleh menjadi pendorong semangat..bukan boleh mengubah seseorang dalam sekelip mata tau!! jangan terkeliru di situ... Sama seperti firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu 
sehingga mereka mengubah nasib diri mereka sendiri."
Wanita tak kan dapat ubah lelaki tu sekiranya dia tak ada kehendak untuk mengubah diri sendiri. Peringatan buat calon-calon bidadari syurga, marilah kita sama-saa mengelakkan diri kita daripada terus menerus menjadi fitnah bagi lelaki...kerana fitnah terbesar bagi seorang lelaki adalah wanita..siapa? kita ni lah..huhuhu.. So try2 la elakkan daripada jadi macam tu eak..tumpukan matlamat kita untuk menjadi wanita solehah..yang sentiasa menjadi idaman setiap lelaki..



p/s: hehe..sari sangat2 sebab guna bahasa rojak..bm + bi..huhuhu

Thursday, October 20, 2011

Mudahnya hati ini tewas..

Wahai hatiku..
Mengapa dengan mudahnya kau tertewas?
Apa masih beum teguhkah iman di dalam hatimu?
Kau bertahanlah daripada syaitan yang membisikkan kejahatan kedalam hati manusia
Kau berulang kali melakukan kesilapan yang sama..
Sungguh..aku kecewa denganmu wahai hati...
Kecewa dengan betapa tipisnya imanmu dan takutkan Allah..
Tuhan yang satu, yang sentiasa mengetahui apa yang kau lakukan..

Ya Allah..aku memohon maghfirahMu..
Ya Allah..aku adalah hambaMu yang sentiasa bergelumang dosa..
Sukar untukku menghindarinya, Ya Allah..
Kau tiuplah ke dalam dadaku secebis ketenangan agar aku sentiasa tenang dalam menghadapi ujian dariMu..
Kau kukuhkanlah hatiku dengan cahaya kasihMua..
Kau teguhkanlah imanku dengan sinar hidayahMu..
Ya Allah..Kau peliharalah daku dari bebanan dosa yang berpanjangan..
Izinkan daku menjadi hambaMu yang sentiasa Kau kasihi..
Campakkanlah aku secebis cintaMu untuk hamba yang hina ini.

Wahai hati..jadikanlah hari ini sebagai pengajaran..
Aku berharap kau terus teguh melawan hawa nafsumu..
Kau perlu tajamkan mata hati dan akal..
Agar dapat mencapai apa yang kau hajati..
CINTA ALLAH YANG ABADI!

Wednesday, October 19, 2011

Duhai Diriku

Duhai Diriku..kenapa?
Kau mengeluh kepenatan
Kau muram kekecewaan
Kau murung kesedihan
Kau resah kebimbangan
Hanya kerana..
Mereka tidak datang
Apabila engkau mengajak kepada kebenaran..

Wahai diriku..
Bukan niatku melontarkan hamunku
Cuma teguran setulus salju
Tak seharusnya kau begitu!
Ku fahami impianmu,
SUpaya kita bersatu padu
Kusanjungi ketulusanmu
Mengajak ke jalan yang satu..

Namun,
Realiti memang tak seindah yang diinginkan
Lantaran ini penuh berliku
Perlukan kesabaran dan keteguhan jitu
Kau harus hayati hakikat itu!
Ingatlah peribadi pejuang sejati
Baginda menangis meniti hari
Bermulanya dari seorang diri
Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi
Bukan Baginda tidak berani
Namun itulah tertib wahyu strategi Rabbi,
Ucapannya bukan sia-sia melainkan dari wahyu yang suci
Ucapannya hikmah dari kalbu bak embun pagi

Suburkanlah baik sangka agar hatimu tenang
Barulah makin kuat binaannya
Bukan dirundung kelemahan
Perbaharuilah iman mu
Saban ketika,
Ingat janji-Nya
Keredhaan dan syurga
Sedari sunnah dan perjuangan
Dipenuhi derita..dihujani kepayaan
Untuk kau tempuhinya dengan ketabahan
Jadilah orang yang menang!

Sunday, October 16, 2011

siapa x sayang??


Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan kujemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan kasih
Merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri
~Bila diri disayangi-Ukays~
jom kita teliti sama2 apa mksd sbnr d sebalik setiap
patah perkataan yang tertulis dalam lirik lagu ne..
korang rasa lagu ne untuk kekasih yang berstatus manusia atau lain??
what i mean here...
kalau diteliti secara mendalam...
Penyanyi tujukan lagu ni untuk
tuhan..
dalam rangkap kedua..
mustahil sangat la kalw korang ckp lagu ne untuk seorang manusia..
sudah tentu hanya Allah sahaja yang..
tiada batasan waktu...tiada tempat Mu tertentu..
kita sebagai seorang hamba tak pernah tahu
Allah berada  di mana.sentiasa bersemayam di atas arasyNya..
Allah sentiasa sayangkan hambaNya..selagi mana hambaNya
tidak melupakanNya..
bila kita sedar diri kita disayang Allah, kita akan berusaha untuk mendapat yang lebih baik..sudah tentu bertujuan untuk meraih cinta ALLAH..
jom kita sama2 berusaha..
'ya muqallibal qulub..tsabbit quluubana 'ala dinika wa 'ala to'atik'
smoga ALlah akan sentuasa tetapkan hati kita untuk berpegang dengan dinNya..

Wednesday, October 12, 2011

Bingkisan Rindu

Antara kita tiada rahsia

Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Sudah bertahun lama
Kita tidak lagi bersua
Hanya tinggal kenangan
Yang tak mungkin kita lupa

Kirimkan khabar selalu
Seiringan hembusan bayu
Sekadar pengubat rasa rindu dikalbu

Pantas masa berlalu
Meninggalkan kita semua
Tanpa disedari bertambahlah usia kita

Potret lama masih kusimpan
Kubingkaikan kenangan
Hingga terkadangku
Tersenyum sendirian

Oh perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapanku kau kan bahagia selalu

Padaku engkau penghibur duka
Pengubat hati resah kecewa
Dikala malamku kau bawa cahaya

Antara kita tiada rahsia
Susah dan senang tetap bersama
Terpatri namamu
Kau takkan kulupa

Perjalanan kita masih jauh
Jalanan berliku akan kita tempuh
Imbaslah kenangan semalam jadi azimat
Penguat semangat menempuh masa hadapan
Harapan ku kau kan bahagia selalu

Sematkanlah bingkisan rindu dikalbu

artis: Far East

sedih sangat bile fikir diri ini akan berpisah dengan 'SAHABAT'
bukan sekadar teman biasa...tapi sahabat yang sentiasa mendamaikan hati..
sahabat yang bila bita melihatnya hati kita akan segera teringatkan Allah..
Ya Allah..rindunya diriku dengan sahabatku ini..
semoga Allah akan sentiasa menerangi jalannya dengan cahaya hidayah dan kemanisan iman..
Ukhuwah Fillah..^_^