Blogger Templates

Monday, November 29, 2010

lemah wanita dan lembut wanita

"Ujar lelaki, wanita itu lemahUjar wanita, mereka adalah lembutAntara lemah Dan lembut.....besar perbezaannyaNamun Ada yang tidak rela mengakuinyaTelah ditakdirkan ...kerana lembut wanitaTidak gemar perbalahan.. Kecuali jika terpaksaLalu wanita pun diamDiam seolah-olah menerima...Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipanDalam diam ,wanita terus terusan bekerjaDi pejabat ...di rumah sebagai suriDari sebelum tercalit garis putih di subuh HariHingga jarum jam tegak bertindih jariLelaki yang mengaku kuat .celik Mata sarapan sudah terhidangApabila pulang dari pejabat...di kerusi malas longlai terlentangIsteri dikatakan lemah...bergelut di dapur memasakSuami yang mengaku gagah...bersantai di hadapan TV tidak bergerakSelesai memasak wanita menguruskan anak-anakMenyapu sampah,mengemas rumah yang berselerakLelaki keletihan kerana memandu di jalan sesakBerehat,menonton TV sambil tergelakDalam diam wanita dianggap lemah...terus berlumba dengan masaMemandikan anak, melipat pakaian Dan membasuh bajuKakitangan semua digerakkan dengan lajuMenyiram pohon-pohon bunga yang mulai layuSebelum solat Magrib untuk sujud... Menyembah yang SatuMakanan dihidang selepas solatSelesai kerja rumah,anak-anak diajar mengajiSedang suami tersadar semula seperti tadiSebagai isteri kesetiaan wanita sentiasa diujiDalam diam semua tugas rumah segera dibereskanLelaki terpelajar celik hati... Ingin menghapuskan diskriminasiLantang membela nasib wanita....Memberi kesedaran supaya segera bangkitMeminta lelaki jangan lagi memperlakukan wanita mengikut adap tradisiHukum agama telah terpaparTugas suami mengemas rumah,menjaga anakMembasuh pakaian,menyediakan makananJika suami tidak terdaya melakukannyaSeorang pembantu wajar disediakanLelaki yang hanyut dalam keasyikanTidak mampu menerima perubahanRela bertahan bagaimana juaAsalkan cara hidup tradisi terus dinikmatiDalam diamWanita yang sering dianggap lemahMeneruskan hidup dalam segala kekuatan'KeKaYaaN YaNg PaLiNg KaYa iaLaH AKAL,KeMiSkiNaN YaNg PaLiNg BeSaR iaLaH JAHIL,KeBuRuKaN YaNg PaLiNg HoDoH iaLaH SESAT'Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,Jika diri tak seindah SULAIMAN,Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,Jika tak sekuat SARAH,Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,Tak guna Ada HATI kalau tak tau MENILAI..... ."wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggupkeNerakamu.. ..kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allahjadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .keduaibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"

Friday, November 12, 2010

Gadizzz...

Untuk Gadis Sahaja www.iLuvislam.com oleh : lia_ina

Seorang gadis itu... Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...



Seorang gadis itu ... hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ... namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...



Seorang gadis itu ... teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...



Seorang gadis itu ... bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...





Seorang gadis itu ... bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.



Seorang gadis itu ... perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...



Seorang gadis itu ... melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...





Seorang gadis itu ... yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!



Seorang gadis itu ... tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...



Seorang gadis itu ... moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI



.

Tuesday, November 9, 2010

cinta..

Ya Allah..jika aku jatuh cinta..
cintakanlah aq pd ssorg yg mlabuhkn cntanya pdMu..
agar aq tidak tersasar dlm jurang cnta nfsu..

Ya Muhaimin..jika aq jatuh hati..
jagalah hatiku daripada trus mngingatinya..
agar aq sentiasa ingt kpdMu..

Ya Allah..aq mohon perlindunganMu..
drpd truz trleka dgn cinta
yg kian mnghimpit di da2..

ya Allah..berikanla aq pasangan..
yg sentiasa menunjukkan jln lrus menujuMu..
yg akn sntiasa membimbingku ke arah yang benar..
yg akn mncambahkn sinar keimanan di dalam hatiku..
yg akn menjdi plindungku..

hanya Engkau yg lbih mengetahui,Ya Allah..
Hanya kpdMu aq brhrap..

Layar Keinsafan

Tuhan..layarkan ku ke arah cinta-Mu
Tuntuniku menggapai redha-Mu
Rimbunan kasih-Mu ku berteduh
kepada-Mu ya tuhan..
Berikan secebis keinsafan..
Bekalan sepanjang perjalanan..
Mencari ketenangan..

Biar Kau menjadi saksi..
Tulus tangisku kala dinihari..
kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar..
Berikan aku hidayah..
Agar dikuatkan iman yang lemah..
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi..

PadaMu tuhan kan ku serahkan..
cinta ku pada-Mu..

Harapanku..moga dikurniakan
manisnya iman..berpanjangan
moga lautan hilang gelora
untuku berlayar..

Monday, November 1, 2010

Dugaan atau ujian??

Dalam masa hati ini inginkan ketenangan n mencari redha-Nya...muncul juga sseorang lelaki..
memberi medah-madah cinta..sehingga aku hanyut dalam persaan...
Bagaimana harus aku menghindarkan perasaan ini dari terus memnyaluti hatiku???
Cinta remaja hanya kerana nafsu..bukan kerana-Nya..Dia yang seharusnya dicintai dengan setulusnya...
Aku lemah...sesungguhnya aku lemah dalam menghadapi ujian ini..bantulah daku wahai tuhanku...

by: unknown guy..