Blogger Templates

Tuesday, May 24, 2011

Rekreasi..

Alhamdulillah..

Hari sabtu lalu..21 Mei, saya n ahli usrah yang lain di bawah pimpinan 
kakak kesayangan kami, Kak Linda,
adakan rekreasi kat Taman Awam Miri. Ni la fes time saya pegi sini even
 dah berbulan duduk kat Miri nie..huhu...
^__^

Kebiasaannya pengisian Kak Lin mesti samting yang best n menarik perhatian..
Hari sabtu tu pulak..kami kaji..aiseh..kaji keindahan kejadian Allah di samping binaan manusia yang menarik berkat kurniaan akal oleh Allah s.w.t
Tanpa akal..mana mungkin manusia boleh bangunkan bangunan tinggi macam yang ada di dunia kita sekarang ni kan..dari situ kita dapat lihat kekuasaan Allah menciptakan makhluk-Nya dengan sebaik-baik kejadian..


Ni taman permainan juz 4 kanak2 jew..huhu..cedeh..
tapi kami bantai jew..hehe..main...bila lg nk dpt pluang kn..hehehe..ngan kak lin sekali..
sampai la ada sorang pengawal tu datang n kata..
"maap ya..ni utk kanak2 bwh 12 thn jak"..kami apa lagi..dgn perasaan yg agak malu..
jalan la pegi pondok berdekatan..hihihi...




Kolam ni juz sedalam betis orang dewase..huhu..memang tuk bebudak jew..tym tu pulak 
orang tu tgh bersihkn kolam..x sempat la nk menyelinap masuk dalam tue..huhu..




tym kmi bersantai kt tepi jembatan dekat ngan air terjun ni, kak linda tanya..
"kenapa dekat kawasan air terjun ni angin dya kuat?" sebab tym tu angin sejuk..kuat la jgak..dh la pagi agi..memang sejuk la..
pas tu saye pulak bantai..sebab aliran air yang kuat menghasilkan angin..hehe..
kak lin ketawa jew dengar jawapan saye..
tapi, kalaw ekot teori la...aliran air yg deras mghasilkan angin dan bleh menghasilkan arus elektrik..sebab tu la orang buat hydroelektrik dekat dengan kawasan yang beraliran air yg deras..btol tak??




Tenang je suasana kat sini..best..sesuai utk org bermuhasabah diri memikirkan keindahan alam semulajadi di kawasan sekeliling..^_^




rase nk terjun je kt dalam air tu..even sejuk..mesti best..tapi x boleh la..
dh taman awam..msti la kene jage..hehe..
cantik sgt tempat ni..subhanallah yg menjadikan seluruh alam..


tu je pic yg sempat rakan saye snap..insyaAllah kalw umur panjang..saye nk pegi lg kat sini..
sekali pegi memang x puas..nak gak pegi dua tiga kali..
lepas tu kiteorang makan nasi lemak yang kak lin bawa..dya kata..
sem depan naqibah n kumpulan usrah akan bertukar lgi..huhuhu..
"means ni perjumpaan kita yg last la kiranya.." huhu..cedeh dgr kak lin ckp mcm tu...
dah la thn ni thn last dorg kt sini..x taw la sem depan ngan saye sekumpulan ngan sape..

buat kak Linda..(even kakak x baca pn post saya ni..) syukran atas semua ilmu 
yang dah kakak bagi kat kami semua..terima kasih yang x terhingga..^_^
saya nk mnta maaf kalw selama saya berusrah dgn kakak, byk kesilapan yg saya wat n 
maaf jgak andainya ada tersinggung perasaan..saya saaaayaaannggggg kakak sgt2...


: : kenangan terindah 2011-usrah kak Linda : :
-farah-kak azlin-KAK LINDA-ned qilla-mila-


p/s : bertemu berpisah kerana Allah..insyaAllah bertemu kembali..



Luahan Hati..

Assalamualaikum w.b.t..

Alhamdulillah hari ni saye dapat berkongsi di ruangan ini..
Rasenye hati agak kosong hari ni even esok ade exam paper pendidikan islam 1..huhu..
Tengah2 study..tetiba plak rse nak mencoret dalam ruangan ni..

Sekarang ni hati berkecamuk..(aiseh..agak hiperbola la jgak cikit..hehe)
kenape?hmm..sebab x lama agie nak balek umah..so rase x sabar, tapi ada cikit rase ragu nk balek..sebab ape rase ragu?huhuhu..x yah la dihebahkan dalam ruangan nie..cukup hanya Allah tempat mengadu..InsyaAllah Dia akan memberi kemudahan dalam setiap hal yang Dia timpakan di atas setiap hambaNya..
agie satu..rase neves gak nak exam esok..huhu..
Moga dipermudahkan setiap urusan..InsyaAlah..

Dah 5 bulan dah x jengok umah..al-maklomlah.merantau di negeri orang..
x jauh mane pon..juz kat Miri je..yang bagi saye banyak mengajar saye erti indahnya hidup ditemani Allah..umah kat Sabah tu..Juz ade ibu..ayah..alang..acik..uda n usu.. along g ane??
rinduuu sangat..sangat...huhuhu..
(x pe nadia..x lame lagi dh nak balek dh..)
dapat la jumpe ngan kengkawan lame..hehe..


Monday, May 23, 2011

Perbezaan Makmum Masbuq dan Makmum Muwafiq

Makmum Masbuq.
- makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah beserta imam pada rakaat pertama
Makmum Muwafiq.
- makmum yang sempat membaca al-Fatihah bserta imam pada rakaat pertama

Peraturan Masbuq:

  • Jika takbir semas imam sedang rukuk, hendaklah segera membaca al-Fatihah. apabila imam rukuk sebelum habis al-Fatihahnya, hendaklah rukuk mngikut imam.
  • Apabila mendapati imam sebelum rukuk ataw sedang rukuk dan ia dapat rukuk yang sempurna bersama imam, seseorang itu mendapat satu rakaat. Kemudian hendaklah ditambah kekurangan rakaatnya jika belum cukup, sesudah imam memberi salam.
*Al-Fatihah seseorang masbuq ditanggung oleh imam.

Contoh situasi :-

Makmum Muwafiq.
1. Sebelum imam berdiri tegak drpd sujud yg ke-2, ia sudah rukuk. Maka makmum berkenaan mendapat rakaat tersebut.
2. Sebelum imam bertasyahud akhir, sedangkan makmum berkenaan sedang rukuk dia juga telah mendaat rakaat tersebut.
3. Muwafiq yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadannya dimaafkan tertinggal 3 rukun jarak drpd imam.
4. Muwafiq yang syak sblm ia rukuk dan sesudah imam rukuk adakah ia sudah membaca al-FAtihah atau belum, maka wajib ke atasnya membaca al-Fatihah sehingga selesai dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun drpd imam.
5. Muwafiq yg lupa membaca al-Fatihah sehingga imam rukuk tetapi makmum rukuk, apabila teringat ia wajib membaca al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun.
6. Muwafiq yang lupa atau syak dia telah membaca al-Fatihah sedangkan ia telah rukuk bersama imam, hukumnya org trsebut wajib menggantikan rakaat yang tersebut.
7. Sekiranya makmum muwafiq tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sedangkan imam telah melakukan rukun ke-4, makmum tersebut perlu membuat 2 pilihan sama ada berniat mufaraqah ataupun mufawadah (mengikut imam) dan membuat satu lg rakaat yg ketinggalan tadi.
8. Jika terdahulu satu fi'li drpd imam dengan sengaja hukumnya haram tetapi solat sah, jika trdahulu 2 fi'li pula hukum solatnya adalah batal.


Makmum masbuq.
1. Sekiranya imam telah rukuk tpi makmum belum rukuk, makmum trsebut hndaklh rukuk bersama imam.
2. Sekiranya imam sedang rukuk atau hndk rukuk, hendaklh ia mmbaca takbiratul ihram sahaja kemudian terus rukuk bersama imam.
3. Sekiranya imam sedang duduk tsyahud, maka hndklh ia duduk bersma imam tanpa membaca takbiratul intiqal dan tdk wajib baginya membaca tasyahud.
4. Sekiranya imam di rakaat ke-2 pd solat subuh, maka hndklh ia membaca qunut sekalli lgi di rakaat  yg kedua.
5. Bagi makmum yg sempat rukuk imam solat Jumaat pd rakaat kedua dgn tamakninah, maka dia mendapat jumaat dan wajib menambah satu rakaat selepas imam memberi salam. Sebaliknya jika tdk sempat rukuk pd rakaat kedua dgn tamakninah bersama imam, haruslah berniat jumaat atau niat zuhur.

Perbezaan:

- Makmum muwafiq mempunyai masa yang mencukupi untuk bersama imam semasa imam membaca al-Fatihah manakala makmum masbuq tidak mempunyai masa yang mencukupi bersama imam semasa imam membaca al-Fatihah.
- Makmum muwafiq dimaafkan sekiranya tertinggal jarak 3 rukun panjang daripada imam untuk menyelesaikan bacaan al-Fatihah manakala makmum masbuq dibolehkan mengikut imam sekiranya belum selesai membaca al-Fatihah kerana al-Fatihah ditanggung oleh imam.
- Sekiranya makmum muwafiq belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah ruku, maka hendaklah ia menghabiskan al-Fatihah itu sehingga imam selesai sujud dan bangun drpd sujud yang ke-2. Sekiranya makmum masbuq takbir semasa imam belum rukuk, hendaklah makmum tersebut membac al-Fatihah sekadar yang ia sempat.


p/s: diharap note ringkas ini dpt membantu insan yg memerlukan. Sekiranya ada persoalan ataw penambahan, diharap dpt diperbetulkan. Wallahu'allam.

Sunday, May 22, 2011

Bumi Tarbiah

Alhamdulillah..
Semenjak menjejakkan kaki di bumi Miri pertengahan tahun lalu, pelbagai pengalaman yang ana lalui..di sinilah ana dapat mengenali daurah dan pelbagai lagi program yang dilaksanakan untuk memantapkan nilai Iman dan Aqidah..Memang agak full msa..tpi bak kata Allah..sekiranya kamu membantu agama Allah, Allah akan membantu kamu..ana hanya berpegang dengan kata-kata tu.

Wlaupn byk ilmu yang ana perolehi berkat daripada banyaknya menghadiri majlis ilmu, namun itu bukan bermaksud ana dapat mengamalkan kesemuanya. Kadangkala ada rsa sayu di hati bila mana tindak tanduk yang dilakukan tidak kena dengan niat di hati yang ingin melakkan perubahan. Ana tak tahu di mana silapnya..mungkin niat yang tersasar ataupun hati ana sendiri.

Ana beruntung dapat mengenali akhowat yang banyak membimbing ana dalam membentuk jati diri sebagai seorang muslimah. Namuun setakat mana ana menggunakan peluang yang ada? Ana agak kecewa dengan diri sendiri. Dalam al-Quran sendiriada disebutkan..

      "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

Ini bermaksud ana perlu tekad yang kuat untuk berubah. Setiap hamba Allah itu tidak lepas dari ujian dari-Nya. Alhamdulillah Allah masih sayangkan ana. Buktinya ana diberi ujuan yang agak berat bagi ana tapi Allah tahu ana masih ampu untuk bertahan.

Semenjak Januari 2011, ana berada di bumi Miri ni tanpa berpeluang untuk menjenguk family yang berada di Sabah. Jauh memanglah tak. Tapi ana berasa terpanggil apabila diberitakan perihal family ana yang dilanda masalah besar. Saat inilah ana akan kembali kepada Allah. Mungkin sebab tu Allah beri ana ujian..agar ana x lupa mengingati-Nya. Alhamdulillah..

Ana harap agar segala kesulitan agar dipermudahkan Allah. InsyaAllah.