Blogger Templates

Saturday, September 17, 2011

Sejatinya Cinta..


Tuhanku..jangnlah Kau menjauh..
Hatiku selalu rindu..tuk bertemu dgnMu..
Tuhanku...bimbinglah daku dlm cintaMu
Tunjukknlh pdku..jln kebenaran..

Siramilah jiwa ini dgn kasih syg Mu
Agar dpt ku petik buah cintaMu..
Yang abadi dlm hidupku..

Semua kata cinta di dalm dunia ini
Kan ku bungkus dan ku rangkai..
Di dlm cintaMu mnjd sbuah cinta
Yg sejati..

Tuhanku aku hnya hambaMua yg lemah..
Dan tiada berdaya
Mengharap..damba dari sgala dmba..
dariMu..jgnlh hilangkan cintaMu dlm hatiku..
jgnlh hilangkn kasihMu dalam jiwaku..

^sejatinya cinta_maydani^

cinta Allah..sukar utk kita dptkn..
bila dh dpt..manisnya xterkira..
xsanggup nak lepaskan..
tpi ada org yg sanggup lepaskn cintaNya demi cinta manusia..
apabila diberi ujian yg sedikit, mudah nk mengeluh..
akhirnya putus asa atas rahat Allah
huhuhu..
mudahnya manusia tertipu..
itu tandanya kita sbg manusia..saaaangaaat lemah..
dan memerlukan Dia sbg pelindung..
tempat utk memohon perlindungan..
Dialh segala-galanya..

kadangkala manusia lupa..
dgn nikmat yang banyak..lupa utk bersyukur..
sedangkan itu adalah ujian baginya..
just ingt 1 thing...
Allah menguji kita bknkerana membenci kita..
tapi percayalah bahawa Allah sangat kasih kn kita..
cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah bersabar
dalam menghadapi ujianNya..
pasti Dia telah mengaturkan yang terbaik buat kita..
kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya..^_^

"Adakah mereka mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan 'kami telah beriman' dan mereka tidak diuji?"
al-Ankabut ayat 2..

dalam ayat kat atas, jelas Allah nyatakan..
bahawa sesungguhnya..
ujian itu adalah fitrah manusia..
sesuatu yang wajib bagi seorang insan..
wajib bagi org yg beriman itu diuji Allah..akan tahap imannya..

Ya Allah, Kau berilah kami kekuatan dalam menghadapi setiap ujian dariMu..
jgnlah Kau menguji kami dengan sesuatu yang tidak tertanggung di bahu kami..
hanya kepada Engkau kami berserah diri..

ujian Allah tidak pernah berhenti..
Jalan menuju cintaNya bukan jalan yang mudah..
semakin kita menuju ke arah kebenaran, 
semakin bertambah ujian..
kadang rasa nak stop..tpi rsa syg sgt..
sbb jln yg dtempuhi dah jauh..
ttetap teguh untuk menggapai cinta-Nya..

Wednesday, September 14, 2011

Doaku pada-Mu


Ya Illahi,
tidak pernah kuharapkan,
selain dari keredhaanmu buat diri ini.

Ya Illahi,
Tidak syurgamu yang kuingini,
Setelah kini ku sedari,

Segala yang kulakukan tiada yang sempurna,
Kerana Engkau yang Maha Sempurna,
Bagaimana mungkin aku mampu melakukan yang terbaik,
Sedangkan yang kulihat dalam segenap wajah,
Engkaulah yang Maha Wujud, Maha Ada,
Bagaimana mungkin ku mengharapkan pahala,
Sedang Engkau yang memiliki ku dan segenap gerakku,
Segalanya atas izin-Mu,
Maka siapakah aku untuk mengatakan aku layak ke syurga-Mu.

Ya Illahi,
Engkau jauh lebih indah dari apa yang ku lukiskan dalam kehidupanku tentang keindahan-Mu,
Bagaimana mungkin aku mampu menggapai-Mu Ya Allah,
Bagaimana mungkin cinta-Mu bertakhta dihati ini,

Sedang cintaku kepada keindahan nafsuku,
Tidak pernah sedikit pun mampu ku hindari,
Maha Suci Engkau Ya Allah,
Jauh Maha Tinggi dari segala kerendahan yang kami pamerkan kepada-Mu.

Maha Benar Engkau Ya Rabbi,
Benar syurga itu indah,
Tapi Maha Indah lagi Engkau Ya Rabbi,
Maha Indah hinggakan aku tidak perlu menginginkan syurga-Mu di sana,
Sedang di dunia ini sudah terhampar segala keindahan-Mu,
Adakah perlu aku mendustakan-Mu,
Mereka menyangka dengan melihat syurga-Mu di sana, mereka akan bahagia,
Bagaimana mungkin Ya Rabbi, sedang hakikat syurga dan neraka itu ada di sini,
Segalanya ada di sini,
Cuma hati ini yg buta dari melihat hakiki.

Andai diri ini,
Tidak mampu mendapat pandangan-Mu walau sesaat,
Tidak layak untuk mendapat kasih sayang dan cinta-Mu,
Maka aku mohon kepada-Mu,
Andai tiada syurga buatku sekalipun,
Izinkan aku menjadi butiran debu yg melekat di kaki kekasih-Mu Muhammad kelak,
Menemani Rasullulah ke mana pun kakinya berjalan di syurga-Mu,
Itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi,
Sudah cukup membahagiakan ku.

Sungguh tidak pernah ku harapkan apa-apa selain dari-Mu,
Selain dari pandangan-Mu, pandanglah aku walau sesaat,
Kerna itu sudah cukup membahagiakan ku Ya Rabbi