Blogger Templates

Monday, October 13, 2014

:: Sehari = Seribu Tahun! ::

Assalamualaiku w.b.t

Alhamdulillah..Allah s.w.t yang maha pemurah masih lagi memberikan peluang kepada diri ini untuk bernafas pada pagi ini..rasanya sudah terlalu lama saya mendiamkan diri tanpa penulisan baru..walaupun tak ada pembaca yang saya rasa akan membaca tulisn saya ni, saya berharap sangat suatu hari nanti ada insan yang digerakkan untuk membaca tulisan saya dan kemudian menyampaikan kepada yang lain..semoga kita semua mendapat manfaat (kalau tak banyak, sedikit pun jadilah...) dari perkongsian saya..amin..

Sebelum tu, saya nak tahu..siapa yang tahu dah berapa lama kita hidup di dunia kalau dikira mengikut jangka masa akhirat? mesti korang rasa dah lama kan? Haa...meh sini che nak habaq..(sila lah buka tafsir al-Quran anda yang sangat berharga tu..hehe).

Dalam surah al-Mukminun, 23:112-114, Allah berfirman yang bermaksud,
"Dia (Allah) berfirman, "Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi?" Mereka menjawab, "Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakan lah kepada orang yang menghitung." Dia (Allah) berfirman, "Kamu tinggal (di bumi) hanya sebentar sahaja, jika kamu benar-benar mengetahui."

Dalam ayat di atas Allah menegaskan bahawa kita manusia ni hanya tinggal di bumi sekejap sahaja..sedangkan sekarang kita berada di tahun 2014. Dah berapa tahun berlalu semenjak alam ini wujud? Sudah terlalu banyak zamn berlalu..sudah terlalu ramai puak zaman dahulu yang dah dimusnahkan Allah kerana mereka mendustakan nabi-nabi dan para Rasul yang diutuskan kepada mereka. Tapi baru berapa lama kita di dunia pada pandangan Allah?


Allah berfirman lagi dalam surah al-Hajj 22:47 yang bermaksud,
"Dan mereka meminta kepadamu (Muhammad) agar azab itu disegerakan, padahal Allah tidak akan menyalahi janji-Nya. Dan sesungguhnya sehari di sisi Tuhanmu adalah seperti seribu tahun menurut perhitunganmu."

Dalam ayat ini, Allah menyatakan sehari di akhirat = seribu tahun di dunia. ok. Jom buat perkiraan math jap..
1hari akhirat = 1000 tahun dunia
approximately, 24 jam = 1000 tahun dunia
so, untuk dapatkan sejam akhirat, beraa tahun dunia, 1000 bahagi dengan 24 jam. Korang akan dapat 1 jam akhirat = 41.7 tahun (lebih kurang 42 tahun la)

Kalau 1 tahun dunia pulak bersamaan berama lama di akhirat?
42 bahagi dengan 60 minit, korang akan dapat 0.7
Means setahun hanya 7 saat di akhirat??!!!!!
huhuhu...(rasa berdebardebar..)

okey..assume sekarang kita hanya dapat hidup di dunia selama 63 tahun (ikut sunnah Rasulullah ler)
3 jam akhirat = 125 tahun dunia. bahagi 2 pulak,
korang akan dapat 1 jam 30 minit = 62.5 tahun dunia(lebih kurang 63 tahun).

WHAT!!!
Kalau kita hidup 63 tahun pun, kita baru melalui 1 jam setengah di akhirat..lama ke masa tu??????
Tak lama mana pun. Kita je rasa lama dah kita hidup (terbayang-bayang masa yang dibuang tanpa di manfaatkan..huhuhu)
Sebab tu Allah menempelak golongan musyrik yang inginkan azab Allah itu didatangkan cepat melalui surah al-Mukminun.
Kita tak sedar pun masa dah berlalu dengan pantas.
Malah masih ramai antara kita yang masih bergelumang dengan maksiat tanpa mengingati bahawa Allah masih memehatikan setiap gerak geri kita..
Allahu Rabbi..

Dalam kitab suci-Nya, Allah banyak kali menyeru manusia untuk fastabukul khairaat..bersegeralah berbuat kebaikan..Mengapa??
Kerana terlalu pendek masa yang diberikan di dunia ni untuk kita beramal..sedangkan amal tulah yang akan menolong kita dan menentukan di mana pengakhiran kita nanti sama ada ke Syurga ataupun ke Neraka..
Siapa manusia yang ingin ke Neraka? 
Kalau korang tanya pada orang2 yang bukan beragama Islam pun, mereka akan jawab mereka nak ke Syurga..apatah lagi kita umat Islam yang dijanjikan Syurga walaupun terdapat secebis keimanan di dalam hati kita..

Sekarang ni, tanya diri masing2..tepuk dada tanya diri kita..sejauh mana aku sudah membuat persediaan untuk kembali menghadap Rabb ku?
Dah bersedia ke aku untuk diperhitungkan amalan? 
(nanges..sob..sob)
Tapi manusia sering lupa.

Dalam surah al-'Asr Allah bersumpah dengan Masa yang sentiasa meninggalkan kita. Sesungguhnya kita memang akan rugi sekiranya masa tidak dimanfaatkan dengan sebaiknya..

Wahai sahabat yang dicintai kerana Allah, 
Dr. Maza pun cakap (rujuk di dalam al-Quran)..Allah itu maha memperkenankan doa..
Sedangkan Iblis laknatullah pun Allah perkenankan doanya untuk ditangguhkan kematian sehingga ke hari kebangkitan (betapa jahatnya Iblis ni sampai dah bersumpah untuk menyesatkan setiap anak Adam), apatah lagi hamba-Nya yang sentiasa menyembah-Nya dan memohon doa dengan serendah-rendah hati..

Sahabat..Allah sangat menyayangi kita..hingga ke taham kalau kita niat buat jahat, Allah tak perintahkan malaikat-Nya mencatatkan 1 dosa..melainkan kita dah buat dosa, barulah dikira 1 dosa..tetapi bila kita berniat untuk berbuat baik, Allah perintahkan malaikat-Nya mencatat 1 pahala kebaikan..apatah lagi apabila kta sudah melaksanakan niat kita..tak tahu berapa banyak pahala kebaikan yang Allah catatkan untuk kita..

Mari kita perbaiki diri..perbaiki amal..
Semoga apa yang saya tuliskan ni juga dikira..amin
Perbaharui niat kita..
Jom tanam azam yang baru untuk sentiasa memanfaatkan masa dengan perkara yang lebih membawa makna dan dapat mencambahkan kecintaan kepada Rabb kita dengan lebih mendalam..

Ya Allah..tempatkanlah kami di syurga-Mu..
Tak salah target syurga tertinggi..
Tapi kalau setakat Syurga yang paling bawah pun dah dikira beruntung..
Wallahu'alam..

1 comments:

finn570y said...

Assalamualaikum.

gerun bila memikirkan keadaan kita di Padang Mahsyar nanti. 50 ribu tahun adalah masa plg minimal disana, i cant brain that😥.. sgt2 takut, semoga Allah swt selamatkan kita semua di akhirat kelak. Aamin!😭