Blogger Templates

Saturday, May 2, 2015

.:: Dia Peneman Setia ::.

Saat kita rasa lemah dan kecewa
Kita lupa ada yang masih memberi kekuatan kepada kita
Saat kita rasa berseorangan
Kita lupa ada yang masih bersama kita
Tak pernah meninggalkan walaupun kita berpaling tadah

Saat kita kecewa ditinggalkan boyfriend / girlfriend
Kita lupa ada yang setia bersama kita
Dalam susah senang bersama
Setiap pahit getir yang kita lalui,
Dia tak pernah tinggalkan kita

Saat kita kecewa kerana tak punya teman rapat
Masih ada yang enjadi teman rapat kita
Sentiasa memerhatikan gerak geri
Dan sendiasa mengharapkan kita mengingatinya

Ya Rabb! Dialah yang sentiasa bersama kita
Walaupun berkali-kali kita berpaling tadah
Dia tak pernah meninggalkan hamba-Nya
Malah disebabkan terlalu rindu kepada suara hamba-Nya,
Dia menguji kita dengan pelbagai kesusahan
Tetapi kita sering menyalahkan-Nya apabila berasa susah
Sedangkan kitalah yang patut disalahkan terlebih dahulu!

Manusia sering leka
Leka dengan kenikmatan madu dunia
Sedangkan semua ini ibarat mimpi
Apabila tersedar daripada mimpi yang panjang
Waktu itu barulah masing2 berebut-rebut hendak kembali ke dunia
Berjanji untuk berbuat kebaikan

Jikalau kita masih ingat
Sewaktu di alam roh dulu
Kita telah berjanji
Berjanji akan mentaati Allah
Berjanji akan memakmurkan bumi
Berjanji akan mejadi hamba yang taat dan soleh
Tapi bila mencelikkan mata menjengah dunia
Kita lupa segala-galanya
Malah ada yang menyembah selain Dia
Oh kita..
Sangat alpa dan lemah
Mudah terpedaya dengan tipuan dunia

Dia telah berjanji
'Ingatlah Aku, Aku akan ingat padamu"
Lumrah manusia
Bila susah barulah akan kembali pada-Nya
Kerana itu Dia mendatangkan pelbagai masalah
Kerana rindu mendengar rintihan kita..

nukilan_Qilla