Blogger Templates

Wednesday, July 29, 2015

.:: Topik Paling Hangat ::.

Assalamualaikum..

To all muslim readers..Selamat Hari Raya Aidilfitri yg dah ke 13 Syawal..lama sangat dah tak menjenguk blog ni..terpaksa buang sarang labah-labah yang dah banyak ni..^_^

Sekarang dah final year..last semester..tak sabar nak mencurah bakti di dunia luar..yelah..sebelum ni asyik dengar cerita orang je..tapi mampukah diri ini menjadi seperti yang diharapkan??
Cuma saya harap dapat penuhi tuntutan dan tanggungjawab yang dah diberikan.

Actually saya baru je blogwalking..hehe..bosan lah katakan..(padahal banyak lagi kerja tak siap neh..huhu..asimen berlambak lagi mengejar due date..huhu..)
Otak blur..xda idea nak olah esei..so i spend my precious time to blogwalking..nak tahu apa yang say jupa hari ni?Macam-macam..best blogwalking..mungkin sebab tulah ramai remaja yang suka baca blog orang lain kan..hehe..

Topik yang paling hangat diperkatakan oleh individu umur saya ni tak lain tak bukan..semestinya cinta dah perkahwinan..rasa sweet je tengok orang dah kahwin..tapi sedar tak sedar, selesai je ucapan akad nikah, melobo (kata orang Sarawak) je tanggungjawab kat bahu ni..ingat senang ke nak jadi isteri? or suami? So kalau rasa diri dah ready nak 'berkahwin', silalah lengkapkan diri dengan ilmu alam perkahwinan..macam-macam ilmu tau..

Wahai sang lelaki yang bakal bergelar suami..
Dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslin, Nabi menjelaskan, "Aku berwasiat kepada kamu untuk menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana mereka dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk adalah yang di bahagian teratas. Apabila kmu cuba meluruskannya, kamu akan mematahkannya dan apabila kamu biarkan saja dia akan terus bengkok selama-lamanya. Berpesan-pesanlah mengenai wanita (dengan kebaikan)."

Dalam hadis di atas dah diterangkan betapa wanita ni adalah insan yang terlalu memerlukan bimbingan seorang suami..tapi wanita hatinya sangat sensitif..kerana itulah sang suami perlu meluruskan wanita dengan kelembutan..lumrah yang kita semua tahu..wanita akan lebih  mudah dibentuk dengan kasih sayang dan kelembutan..kalau yang membentuk kasar, makin kuat si wanita memberontak..so kepada yang bakal menjadi suami, penting untuk tahu tentang wanita..tak kiralah siapa pun yang bakal menjadi isteri korang..kepada bakal isteri pula, readylah untuk jadi isteri solehah yang sentiasa menjaga maruah dan nama baik suami..almaklumlah..keharmonian tu penyeri rumah tangga..yeke?

Amboi..bukan main anak dara ni bercerita tentang rumah tangga eak?hehe..actually tengah menasihatkan diri sendiri lah ne..(tersenyum malu..)ye lah..semua orang ada keinginan nak menapak ke alam perkahwinan..tipulah kalau ada yang mengatakan dia tak pernah teringin nak kahwin..sebab..kahwin juga adalah satu tuntutan dalam Islam..

So..remaja kat luar tu yang dah tak sabar nak kahwin..cuba habaq kat mak bapak korang..kalw yang sporting tu alhamdulillah akan disegerakan..yang penting habis study dulu..kalw yang tak sporting??Tak ada kot..semua parents nak anak mereka bertemu pasangan masing-masing kan..

Hmm..petang-petang macam ne boleh pulak melalut cerita hal lain..
Actually just terfikir nak tulis pasal benda ni..ye lah..bkn selalu pun dapat luangkan masa masuk dalam ni..
Anyway..jangan lupa tingkatkan ilmu dan amal..^_^
Ada jodoh kita jumpa lagi yerkk..
Salam..