Blogger Templates

Wednesday, September 11, 2013

Coretan Suka Suki

Assalamualaikum..
Dua tiga hari ni masa pack sangat..terlalu banyak aktiviti tengah tunggu due nk di jalankan..
lain lagi dengan meetingnya..huhu
tak apa..tak apa..jangan mengeluh qilla..
ikhlaskan hatimu..

Pertandingan khat yang berlangsung sempena projek jawi alhamdulillah mendapat sambutan yang baik terutamanya dalam kalangan guru pelatih pengajian agama..
hihihi..itupun kalau tak ada word 'wajib' knfm tak ada yang nak ikut..
So far smeua hasil kerja yang dihantar memang menakjubkan..
Kreatif..cantek..siap hias macam-macam lagi..
Kawan-kawan saya ni memang bersemangat sangat kan..
Sayang korang semua..

Dalam kesibukan duniawi yang tak berpenghujung ni,
hati tersentuh sangat dengan orang-orang yang sangat tidak puas hati dengan diri ini..
Tak taulah di mana silapnya..
Tak apalah..sikap dorang macam tu yang membuatkan diri ini kembali merenung setiap tingkah laku..
mungkin ada kot terguris hati dorg tanpa sengaja..huhu
Saya minta maaf sangat andai terkasat bahasa..
(tak berani nak face to face..nanti kena sound lg)
lgpn tkt nnt perang dunia ketiga meletus lg..xnk lh gaduh2 ngn kwn2 hari2 last mcm ni..
mgkin kehilangan saya nnti tak akan dirasai oleh mereka..
tak apalah..yang penting saya dah sumbang bakti dan tenaga untuk mereka..
Ya Allah..ikhlaskan lah hatiku..

Baru je 'ibu' naqibah usrah ingatkan..
kalau macam mana gah pun kerja yang kita buat atau pertolongan yang kita berikan kepada seseorang, tapi tanpa ikhlas di hati, satu habuk pun tara la..hahaha..
Maksudnya tak akan dapat pahala langsung la..
Buat penat je susah payah tapi tak dapat pun ganjaran daripada Allah..
Tak ke rugi kalau macam tu..
Awak semua nak ke?
tak nak kan..so..kita sama-sama ikhlaskan hati..buat sesuatu hanya kerana Allah..
InsyaAllah..

Dah..dah..jom sambung wat keje...
Sebenarnya otak tengah jem nk wat asemen..tu lh curi sikit masa utk tulis dlm blog ni..
Rindu nk berbicara ngan seseorang tapi hakikatnya diri ini sendiri..
Tak apa.Allah sentiasa ada untuk saya..
Walaupun kawan-kawan ramai mana, tapi kalau tak ada yang dapat  menyentuh hati kepada Ilahi, apa guna?
Ada gk kwn mcm tu..ramai..dorang semua baik2 belaka..
tapi segan ngan dorg..tak nak lh jadi perigi cari timba..lagipun tak rapat..huhu..
Sedih kan..hahaha..lawaklah saya ni.ada pulak melalut dalam blog..qilla..qilla..

ok lh..sya out dulu..insyaAllah nnti kta jumpa lg..^_^

0 comments: