Blogger Templates

Monday, January 21, 2013

Cintakah kita kepada-Nya?

Assalamualaikum..

Alhamdulillah akhirnya dapat juga kembali menulis setelah beberapa bulan menghilangkan diri..
Sekarang kita dah masuk tahun yang baru..
tahun 2013..alhamdulillah..Allah masih panjangkan nyawa kita untuk terus beribadah kepada-Nya..untuk terus mengingatinya..
Sebaiknya kita jangan lepaskan peluang terbaik yang Allah telah kurniakan ni..
Dia berhak untuk menarik kembali segala nikmat yang telah dia berikan kepada kita..
Dia berhak untuk buat segala-galanya..
so..kita sebagai hamba kena akur..kena bersyukur..
Bersyukur di atas segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya..
Bertaubatlah sebelum terlambat..
Pesanan ini saya tujukan pertama sekali..buat diri saya..
Diri yang telah banyak berbuat dosa..melakukan maksiat..
Kita sebagai hamba-Nya tidak lepas daripada diuji..dan terkadang kita sendiri tersasar..
meskipun menyedarinya, sukar untuk kita berpaling lantaran pengaruh syaitan nirajim itu terlalu kuat..
Kerana itu berpeganlah pada tali Allah dengan kuat dan utuh..
Agar kita tidak mudah hanyut..

Contohilah Rabiatul Adawiyah yang melakukan ibadah hanya kerana cintanya..
bukan kerana rasa takut kepada-Nya..
Malah kerap kali dia menangis dalam solatnya disebabkan rindu yang terlalu dalam..
Hayatilah kata-kata Rabiah dalam alunan puisinya..

Ya Tuhanku!
Tenggelamkan aku dalam mencintai-Mu
sehingga tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku dari_mu
Kekasihku tidak menyamai kekasih lain biar bagaimanapun
Tiada selain Dia dalam hatiku mempunyai tempat mana pun
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun
akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun

Aku mencintai-Mu
Oh Tuhan tercinta
Dengan cinta yang penuh kesenangan
Kerana Engkaulah yang layak untuk dicintai
Adapun cinta Hawa
Maka aku sibuk mengingati-Mu daripada yang lain
Kuharap Kau bukan tabir untukku
Maka ujian yang ini dan itu bukanlah untukku
Melainkan hanya untuk-Mu

Betapa ikhalasnya hati wanita ini mencintai Tuhannya..Allahurabbi..
Dapat kah kita mencontohinya?
Dapatkah kita mencontohi Rasulullah.. rasul tercinta?
Jom kita muhasabah diri masing-masing..