Blogger Templates

Saturday, October 18, 2014

:: Berfikir dengan Otak atau Jantung? ::

Assalamualaikum..

Apa khabar iman sahabat saya sekalian?
Saya harap ima kita sekarang ni tak berada di tahap membimbangkan..kalau rasa iman semakin lemah, so cepat-cepat topup iman..jangan biarkan iman kita terus merundum jatuh..
Siapa rasa iman dia tak pernah turun, angkat tangan!!
Haaaa...orang yang macam tu kena cek balik..dia manusia ke tak..hahaha..
Nak tahu kenapa? sebab..manusia ni iman nya memang turun naik..memang sunnatullah lah kalau iman turun naik..tapi peranan kita sebagai empunya hati, kenalah paksa baluk iman kita tu naik sebab kalau dibiarkan, memang akan melarat and semakin sakit..

Berbalik kepada tajuk, mesti korang rasa pelik kan..dah sah2 kita berfikir dengan otak..takkan lah kita berfikir dengan jantung? Tak logik betullah cik admin ni..hihihi..
Sape boleh jawab yang sebaliknya?
jeng..jeng..jeng..
Sebenarnya fakta ni saya jumpa melalui pembacaan satu buku yang sangat menarik..rasa rugi pulak kalau tak share kan sebab tak semua orang berpeluang nak baca buku ni..

Pernah tak korang dengar cerita pasal Sonny Graham, seorang pesakit jantung. Kalau ada yang pernah dengar, alhamdulillah. Kalau ada yang tak pernah dengar, meh sini cheq habaq..
Lelaki ni seorang yang baik dan hidup dalam keadaan berdisiplin, rajin buat khidmat masyarakat dan mudah berikan pertolongan bila diperlukan. Alhamdulillah beliau dapat rezeki jantung free dari seorang pemuda yang meninggal sebab bunuh diri. Bila dah baik, beliau bertemu dengan isteri pemuda tadi, secara tiba-tiba beliau jatuh cinta dan easa seolah-olah beliau telah lama mengenali isteri pemuda tersebut. Akhirnya kedua-duanya berkahwin dan hidup mewah di sebuah rumah banglo. Malangnya, sesuatu dah berlaku kepada Sonny Graham. Sikap beliau berubah 360 darjah. Daripada lemah lembut, beliau mula bersikap kasar kepada masyarakat termasuk isterinya sendiri. Menurut isterinya, perangai beliau sama seperti perangai bekas suaminya dahulu. Akhirnya beliau meninggal dunia sama seperti penderma jantung tersebut.

Apa yang korang dapat simpulkan daripada kisah tadi? Adakah lelaki tadi berubah disebabkan jantung yang beliau terima? Rasa pelik kan..mulanya saya sendiri pun rasa pelik dengan cerita ni. Kalau nak tahu, menurut Prof. Madya Dr. Mat Rofa Ismail di dalam buku beliau Ululalbab, beliau menyatakan bahawa para saintis telah menemui sejenis sel iaitu sel ganglia di dalam jantung manusia yang mempunyai memori lebih kuat daripada sel otak. Sel ini berfungsi seperti kapasiti memori sebuah komputer yang menyimpan maklumat kekal berbanding otak. Rasanya macam orang yang hilang ingatan dan lupa dengan kekasihnya, bila berjumpa, hati yang akan mengenali wanita tersebut adalah seseorang yang mempunyai hubungan hati dengannya.

Dalam konteks kita sebagai manusia, sebelum roh kita dilahirkan sebagai manusia yang mempunyai jasad, roh kita telah berikrar bahawa hanya Allah tuhan yang berhak disembah dan kita manusia adalah hamba-Nya. Malangnya bila kita dilahirkan ke dunia yang merupakan tempat persinggahan ni, manusia mula lupa dengan janji2 yang pernah diucapkan dahulu..sebab tu kita perlukan sentuhan daripada jiwa untuk memahami akan siapa kita sebenarnya, kita berfikir berdasarkan akal yang diberikan Allah, dengan berpandukan wahyu iaitu al-Quran dan Sunnah.

Dalam masyarakat melayu, qalb dalam bahasa Arab diterjemahkan sebagai hati...tetapi sebenarnya ia adalah jantung. Kebiasaannya hati yang akan tersentuh dulu dengan sesuatu, contohnya, hati yang akan tertarik dengan Islam terlebih dahulu. Kemudian barulah akal akan digunakan untuk memikirkan tentang Islam serta hikmahnya. Bila merenung pemandangan, hati akan rasa tenang, kemudian baru kita akan kaitkan dengan akal, tentang betapa indahnya alam ciptaan Ilahi.

Pointnya di sini, betapa bijaknya Allah mencipta memori dalam jantung kita..tak pernah terfikir pun kan..hebat sungguh kuasa Allah. Tapi manusia sendiri yang menutup hatinya untuk memahami betapa kreatifnya Allah mengatur setiap perkara..

Di kesempatan ini,  saya nak syorkan kepada anda semua..
Bacalah buku Ulul Albab Ajaibnya Alam Semesra..sangat best...rugi kalau tak baca..banyak info-info menarik dalam tu tau..sebagai manusia yang beriman, kita perlu sentiasa mengkaji alam sekeliling kita supaya dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan dalam hati kepada Allah..
Wallahu a'lam..

0 comments: