Blogger Templates

Friday, January 30, 2015

:: Hakikat Kehidupan ::

0112 am..
sunyi sepi melainkan lagu ni..

Assalamualaikum w.b.t
Selamat tahun baru..walaupun dah hampir sebulan jugak kita menjalani tahun baru ni..hehe..
Malam ni rasa teringin nak menulis sesuatu dalam blog ni..tentang hakikat sebuah kehidupan..insyaAllah..

Actually saya tengah tunggu laptop ni habis scanning system..so tiba-tiba dok terfikir daripada buang masa hadap laptop tak ada buat apa-apa, better lagi kan kalau saya buat something yang berfaedah..insyaAllah walaupun saya tak aktif nak menyampaikan dengan mulut, saya harap coretan tangan saya ni mampu menjadi jambatan yang akan menambahkan pahala kebaikan bagi menampung dosa seharian yang saya tak sedar..insyaAllah..selagi bermanfaat untuk semua..^_^

Tajuk ni sebenarnya tajuk yang bakal saya share dalam usrah ahad ni..hihihi..kira ni nak prepare awal lah..dipetik daripada buku tauhid az-Zindani..best buku ni..try la cari n terokai..sesuai untuk kita generasi yang berfikir n dikelilingi dengan dunia sains..

Sebelum tu saya nak tanya...korang rasa kenapa korang diciptakan? Pernah tak tanya diri sendiri tentang soalan ni? Or ada tak yang masih tertanya-tanya kenapa dia dilahirkan di dunia ni? Selalu kita mesti dengar ungkapan "Tidak ku pinta lahir ke dunia"..hihi..petik dari lagu..sebenarnya memang dah ditakdirkan kita lahir ke gdunia..sebab tu la kita ada..kalau tak, mustahil sangat kan kita akan bernafas di bumi Allah ni. So, persoalannya, adakah kita ni diciptakan dengan sia-sia?

Kalau korang nak tahu, sebenarnya ada hikmah kenapa manusia ni diciptakan..ni menurut buku az-Zindani ni lah..bahkan setiap anggota tubuh kita ni pun ada hikmah kenapa ia diciptakan sedemikian rupa..contohnya hidung..apa hikmah hidung dicipta? Semestinya supaya kita dapat menikmati udara segar yang berhembus di bumi Allah ni..so kenapa hidung tu lubangnya menghala ke bawah? Hahaha..pernah tak terfikir? Kalau korang fikir balik, cuba bayangkan kalau lubang hidung kita menghadap ke atas..bila hujan, confirm banjir kan..hahahahaha..betollah kawan2..bukan saja2 nak buat lawak ni..tapi benda ni benda betul. Kalau lubang hidung dah dipenuhi air, macam mana kita nak bernafas? So jangan ragu-ragu lagi tentang setiap benda yang berlaku sudah pasti Allah telah menetapkan hikmah di sebalik segalanya. So bagi yang suka seksa diri awak tu, tolong la jaga diri awak..ada sebab kenapa rupa awak tu diciptakan macam tu..point pentingnya, bersyukur..

Kalau korang tengok orang lain, pernah tak tanya diri sendiri..kenapa kaki dia panjang kaki aku pendek..kenapa hidung dia mancung hidung aku pesek..semua persoalan kenapa..kenapa..dan kenapa..seolah-olah nak menunjukkan yang diri kita ni tak bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan..tapi sedar tak korang..sebenarnya setiap penciptaan manusia ni adalah sama..walaupun kaki ada panjang dan pendek, kegunaannya tetap untuk berjalan..tak pernah lagi ada kaki digunakan untuk makan (except OKU)..tak kira lah orang tu kaya ke..miskin ke..hidup aman batu ke..keturunan diraja ke..semua kegunaan kaki tu tetap sama..so..bila semua hikmah penciptaan adalah sama, maksudnya fitrah manusia juga adalah sama dan tidak berubah-ubah..sepertimana yang telah difirmankan Allah dalam surah ar-Rom:30 yang bermaksud:

"(Turutlah terus) fitrah yang telah ditetapkan oleh Allah, iaitu fitrah yang Allah ciptakan manusia; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu."

So apa pula hikmah di sebalik penciptaan manusia? Kenapa manusia diciptakan dan kenapa manusia dimatikan? Cuba imbas balik..zaman dulu..terlalu banyak dah umat nabi2 terdahulu yang dimusnahkan..sekarang ni tinggal umat Nabi Muhammad sahaja sehinggalah datangnya hari kiamat. Korang pernah terfikir tak kenapa kita diciptakan kalau akhirnya kita akan tetap mati..

Kalau korang bataskan fikiran hanya setakat kehidupan duniawi tanpa memikirkan akan kehidupan akhirat, sudah tentu korang tak akan dapat jumpa apakah hikmah di sebalik penciptaan manusia sebab mesti ada hikmah kenapa kita ni diciptakan..golongan orang yang berfikiran sebegini sama macam orang kafir yang hanya menemui kesesatan, kebutaan, kebinasaan dan pertanyaan tanpa jawapan. Walaumacam mana gigih sekalipun mereka mencari jawapan, tapi kalau hanya berfikir tentang dunia sahaja, mustahil dapat jumpa jawapan sebenar. oleh sebab itu Allah telah menghantar para utusan untuk menyampaikan kebenaran dan memandu kehidupan kita supaya tidak disia-siakan macam tu sahaja. Dengan petunjuk yang diberikan, maka kita dapat ketahui bahawa kehidupan kita ni sebenarnya ada dua..iaitu kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat..

kehidupan dunia adalah sebagai tempat kita diuji dengan pelbagai ujian oleh Allah di samping tugas kita adalah sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi Allah dengan agama Islam sebagai ustaziatul alam..manakala kehidupan akhirat pula adalah balasan yang kita akan terima atas apa yang telah kita perbuat sewaktu hidup di dunia..so ktia jangan lalai dan leka sebab macam yang saya tuliskan sebelum ini..kehidupan di dunia ni walaupun kita rasa macam dah lama, berpuluh-puluh tahun, sebenarnya tak sampai pun setengah hari jika dibandingkan dengan masa di akhirat..

Peringatan ni saya tujukan khas buat diri saya sendiri yang sering lalai dengan tugas sebagai seorang khalifah dan juga penerus dakwah para Nabi..buakn senang berada di jalan dakwah sebab jalannya penuh dengan onak duri..lain lagi masalah dalaman..perlukan mujahadah yang kuat untuk terus bertahan..

Jom kita samasama makmurkan bumi dengan mensyariatkan ajaran Islam dengan sebenar-benarnya..
Sekian..wasallam