Blogger Templates

Sunday, July 28, 2013

Kuatlah Wahai Hati

"Fatin..kenapa lama tak nampak muka ni?Lama kau menghilang. Aku rindu tau," luah Ana yang sudah lama tidak melihat kelibat sahabat karibnya itu.

"Sorilah..aku banyak sangat masalah sekarang ni. Kau sendiri tahu kan aku macam mana. Kalau dah masalah menimbun, aku dah tak hiraukan sekeliling lagi dah. Sekarang ni pun aku banyak mengelak dengan kumpulan usrah aku." Fatin merenung jauh.

"Fatin, aku ni kan kawan rapat kau. Kenapa tak cerita dengan aku? Jangan macam ni. Kalau kau pendam sorang-sorang, masalah kau tu tak akan dapat diselesaikan. kecik hati aku tau kau macam dah pinggirkan aku." wajah suran Fatin direnung. Air matanya mulai bergenang di tubir mata.

"Aku minta maaf, Ana. Tapi aku pun memang bukan jenis meluahkan masalah kat orang. Aku lebih suka pendam seorang diri."

"Kalau kau cerita, al least ada orang yang boleh bagi nasihat, boleh ringankan beban di hati kau tu. Aku sayangkan kau tau. Aku tak suka tengok kau sedih-sedih macam ni."

"Tak apalah, Ana. Aku dah terbiasa macam ni. Kau jangan risaukan aku ok." Fatin mengukir senyuman bagi menhilangkan kegusaran di hati Ana. Tetapi rakannya itu tahu betapa Fatin akan berusaha untuk mengelak daripada menceritakan masalah yang dialaminya. Lama mereka berdua membisu. Pandangan dihalakan ke hujung padang, membiarkan mata terhibur dengan keletah kanak-kanak yang sedang bermain layang-layang.

"Fatin, kau tahu tak macam mana ulat beluncas boleh jadi rama-rama?" sengaja dia mengalihkan perhatian Fatin dengan soalan sedemikian."

"Apalah kau ni. Takkan lah aku tak tau. mestilah ulat tu akan melalui fasa alam kepompong. Kenapa? Kau nak jadi rama-rama ke?" senyuman terukir di bibirnya.

"Nak. Sebab rama-rama ni kuat."

"Kuat? Kenapa pulak? Kan rama-rama ni lemah. Mudah je sayap dia koyak." Dahinya berkerut bingung.

"Sebab..dalam fasa kepompong, ulat yang dh sedia nk jadi rama-rama akn berusaha untuk keluar dari kepompong dia. waktu tu, rama-rama tu akan dapat pelbagai nutrient utk dia kembangkan sayap. Cuba kau try tlg rama-rama tu keluar dari kepompong dia. Confirm dia tak dapat teebang sebab dia tak dapat cukup zat untuk sayap dia kuat."

"Oooo. Jadi apa kaitan cerita kau ni? Pelik aku."

"Apa yg aku nk tekankan sebenarnya, kita ni manusia, Fatin. Allah dh cakap dalam al-Quran setiap manusia tu pasti akan di uji. Ujian tu lah yang akan mematangkan kita. Tanpa kita sedar, ujian tu lh jugak yang akan buat kita kembali mengingati Allah. Dalam setiap solat kita, mesti kita minta tolong pada Allah, minta diringankan beban masalah yang dihadapi. Kalau kita nilai baik-baik, ujian tu lah yang buat kita semakin dekat dengan Allah. Kadang-kadang Allah bagi kita ujian sebab Allah rindu dengan kita. Rindu nak dengar rintihan daripada kita. Cuba ingat balik, bila kali terakhir kita bersujud di sepertiga malam, saat Allah dekat dengan kita, mendengar segala rintihan dan masalah kita. Mungkin kita dah lama lupakan Dia dengan keseronokan dunia. Sebab tu Dia tarik semua tu dan ganti dengan masalah supaya kita kembali pada-Nya. Kau cubalah positifkan masalah yang kau hadapi tu. InsyaAllah, setiap yang susah, pasti ada jalan keluarnya. Setiap yang terjadi, pasti ada hikmahnya. Cuma pemikiran manusia ni terbatas, tak nampak apa hikmahnya deisebalik semua yang berlaku."

Fatin terdiam, berusaha untuk mencerna semua bicara rakannya itu.

"Kau jangan lah asingkan diri dari usrah kau. Sebenarnya dorang tu risau dengan kau. Selalu je dorg bincang macam mana nak bantu kau. Tapi dorg takut nak bersemuka sebab dorg rasa kau melarikan diri dari dorg."

"Entah la, Ana. Aku rasa aku tak dapat jadi macam yang dorg semua harapkan. Aku terlalu banyak kekurangan."

"Fatin, tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ni. Semua manusia pasti ada kekurangan. Tapi setiap orang ada kekuatan dan kelebihan yang berbeza. Sebab tu lah pentingnya kita bergantung antara satu sama lain, bagi memenuhi apa  yang kurang dalam diri kita. Kalau kau menjauhkan diri, sampai bila kau nak berada di takuk yang lama, Fatin? Jadikan ujian yang datang ne sebagai point untuk kau jadi lebih kuat harungi apa yang datang selepas ni k. Lagipun, aku kan ada dengan kau. Aku akan selalu bantu kau kalau kaw ada masalah. Tapi kau tak boleh la sembunyi dari aku lepas ni." Ana menyeringai ketawa.

"Haha..yalah. Thanks ana. Kau memang kawan aku yang paling baik. Kalau tak ada kau, memang aku makin jauh hanyut dengan masalah aku ni." Senyuman seikhlas hati diberikan kepada sehabatnya.