Blogger Templates

Saturday, September 7, 2013

Khas buat Ibu dan Ayah

Setiap orang dikurniakan seorang ibu dan seorang bapa..
Alhamdulillah bagi yang masih mempunyai keduanya..
Takziah bagi yang tak mempunyai salah satu mahupun keduanya..

Dalam musibah yang sentiasa menimpa, 
saya bersyukur sangat kerana mempunyai orang tua yang sentiasa inginkan yang terbaik untuk anaknya..
Saya menyesal sangat dulu selalu tak ikut cakap mereka..
Di saat-saat hampir kehilangan mereka..saya masih ingat..
pagi tu, saya melihat semua kawan-kawan..
Setiap seorang masih gembira..masih mempunyai orang tua tempat mereka bermanja dan bermesra..
Kecuali diri ini yang masih berada dalam kesedihan..hanya kerana tidak mempunyai orang tua..

Setiap orang punya masa silam yang hitam..yang ingin dilupakan..
Alhamdulillah..saya diberi peluang kedua..dan ketika ini, saya bersyukur sangat-sangat..
Bersyukur kerana diberi peluang untuk berubah..bersyukur kerana masih mempunyai orang tua yang sangat mengambil berat akan anaknya..
Wajah tua yang dipotretkan di dalam bingkai gambar direnung..kadangkala mampup menitiskan air mata pilu apabila terkenangkan dosa-dosa kelmarin..
Ya Allah..Engkau ringankanlah beban kedua orang tuaku..
Engkau masukkanlah mereka di dalam syurgaMu..
Permudahkanlah segala kesulitan yang mereka hadapi..
Sesungguhnya hanya kepadaMu aku bermohon dan berharap..

Hargailah mereka selagi nyawa dikandung badan..
Ibu dan bapa kita tak dapat ditukar ganti..
Takda dijual di mana-mana..kehadiran mereka sangat bermakna dalam hidup kita..
Jadilah anak yang soleh dan solehah yang sentiasaa mendoakan kesejahteraan hidup kedua orang tua kita..
InsyaAllah..

love u so much mom n dad

0 comments: