Blogger Templates

Monday, March 23, 2015

.:: Pesanan Luqman al-Hakim ::.

Assalamualaikum w.b.t

Saya nk share jap pasal Luqman al-Hakim yang saya tgh baca daripada buku Ululalbab ni..dah lama dah start baca buku ni tapi lambat nau nak abiskan..yelah..susah nak cari free time as student ni..huhu..

Luqman al-Hakim seorang hamba berkulit hitam tetapi mempunyai hikmah dan budi pekerti yang menyenangkan hati. Beliau sentiasa menahan pandangan mata daripada maksiat, menahan lidah daripada menuturkan kata yang tidak berfaedah, menahan makan, mengawal nafsu, benar dalam percakapan, menyempurnakan janji, memuliakan tetamu, menjaga jiran serta meninggalkan perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. Disebabkan inilah beliau mudah mendapat hikmah daripada Allah sehinggakan Allah memuliakan beliau dengan menyebut namanya di dalam al-Quran..surah ape cuba teka..surah Luqman la..hehe..

Antara pesanan beliau:

  • Wahai anakku, janganlah dirimu lebih hina daripada ayam jantan yang berkokok menjelang fajar sedangkan dirimu masih berada di atas tilammu.
  • Wahai anakku, janganlah melewat-lewatkan taubat, kerana kematian datang secara tiba-tiba.
  • Wahai anakku, tidak pernah diriku menyesal kerana berdiam diri, kerana andainya bercakap itu perak, diam itu emas.
  • Wahai anakku, jadikanlah dirimu bersama ulama, dengarlah perkataan hukama, kerana Allah s.w.t menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana bumi dihidupkan dengan hujan yang lebat.
  • Sesiapa yang berdusta, hilanglah kemuliaan air mukanya.
  • Sesiapa yang berakhlak buruk, hidupnya penuh kedukaan.
  • Memindahkan batu dari tempatnya lebih mudah daripada usaha memahamkan orang yang tidak mahu faham.
  • Wahai anakku, dunia ini ibarat lautan yang dalam, ramai yang telah karam. Binalah bahteramu dengan takwa, pengikatnya dengan iman manakala layarnya tawakal kepada Alah s.w.t, sehingga dirimu selamat.
  • Wahai anakku, pernahku membawa bongkah besi, namun itu tidak berat berbanding menanggung kerenah jiran yang buruk akhlaknya.
  • Wahai anakku, sebaik sahaja dirimu berada di dunia ini, bermakna dunia berada di belakangmu dalam perjalanan ke akhirat. Semakin jauh dirimu melangkah, semakin dekatlah dirimu ke akhirat.
  • Wahai anakku, perbanyakkanlah istighfar sepanjang masa kerana andainya masa berlalu tidak mungkin kembali lagi.
  • Wahai anakku, elakkan berhutang kerana hutang menjadi simbol kehinaan waktu siang, membawa kedukaan waktu malam.
  • Wahai anakku, bergantung haraplah kepada Allah s.w.t kerana ini mengelak dirimu melakukan maksiat terhadap-Nya dan takutlah Allah s.w.t serta tidak berputus harap akan kerahmatan-Nya.
  • Wahai anakku, jangan hidup secara berpura-pura kerana perbuatan itu menimbulkan ketakutan waktu malam dan kecelakaan waktu siang.
  • Wahai anakku, selepas beriman kepada Allah s.w.t, carilah sahabat yang baik. Sahabat yang baik itu seperti pohon tamar, dirimu berlindung di bawahnya ketika panas, pohonnya dijadikan bahan api apabila perlu dan buahnya lazat dimakan.
Itu antara pesanan Luqan kepada anaknya..bayangkanlah kata-kata itu adalah kata-kata ayah kita kpd kita sbg seorang anak..smoga kita dpt menjadi anak soleh dan solehah serta abdi yg taqarrub ilallah..

wallahu a'lam.

0 comments: