Blogger Templates

Monday, May 23, 2011

Perbezaan Makmum Masbuq dan Makmum Muwafiq

Makmum Masbuq.
- makmum yang tidak sempat membaca al-Fatihah beserta imam pada rakaat pertama
Makmum Muwafiq.
- makmum yang sempat membaca al-Fatihah bserta imam pada rakaat pertama

Peraturan Masbuq:

  • Jika takbir semas imam sedang rukuk, hendaklah segera membaca al-Fatihah. apabila imam rukuk sebelum habis al-Fatihahnya, hendaklah rukuk mngikut imam.
  • Apabila mendapati imam sebelum rukuk ataw sedang rukuk dan ia dapat rukuk yang sempurna bersama imam, seseorang itu mendapat satu rakaat. Kemudian hendaklah ditambah kekurangan rakaatnya jika belum cukup, sesudah imam memberi salam.
*Al-Fatihah seseorang masbuq ditanggung oleh imam.

Contoh situasi :-

Makmum Muwafiq.
1. Sebelum imam berdiri tegak drpd sujud yg ke-2, ia sudah rukuk. Maka makmum berkenaan mendapat rakaat tersebut.
2. Sebelum imam bertasyahud akhir, sedangkan makmum berkenaan sedang rukuk dia juga telah mendaat rakaat tersebut.
3. Muwafiq yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadannya dimaafkan tertinggal 3 rukun jarak drpd imam.
4. Muwafiq yang syak sblm ia rukuk dan sesudah imam rukuk adakah ia sudah membaca al-FAtihah atau belum, maka wajib ke atasnya membaca al-Fatihah sehingga selesai dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun drpd imam.
5. Muwafiq yg lupa membaca al-Fatihah sehingga imam rukuk tetapi makmum rukuk, apabila teringat ia wajib membaca al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun.
6. Muwafiq yang lupa atau syak dia telah membaca al-Fatihah sedangkan ia telah rukuk bersama imam, hukumnya org trsebut wajib menggantikan rakaat yang tersebut.
7. Sekiranya makmum muwafiq tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah sedangkan imam telah melakukan rukun ke-4, makmum tersebut perlu membuat 2 pilihan sama ada berniat mufaraqah ataupun mufawadah (mengikut imam) dan membuat satu lg rakaat yg ketinggalan tadi.
8. Jika terdahulu satu fi'li drpd imam dengan sengaja hukumnya haram tetapi solat sah, jika trdahulu 2 fi'li pula hukum solatnya adalah batal.


Makmum masbuq.
1. Sekiranya imam telah rukuk tpi makmum belum rukuk, makmum trsebut hndaklh rukuk bersama imam.
2. Sekiranya imam sedang rukuk atau hndk rukuk, hendaklh ia mmbaca takbiratul ihram sahaja kemudian terus rukuk bersama imam.
3. Sekiranya imam sedang duduk tsyahud, maka hndklh ia duduk bersma imam tanpa membaca takbiratul intiqal dan tdk wajib baginya membaca tasyahud.
4. Sekiranya imam di rakaat ke-2 pd solat subuh, maka hndklh ia membaca qunut sekalli lgi di rakaat  yg kedua.
5. Bagi makmum yg sempat rukuk imam solat Jumaat pd rakaat kedua dgn tamakninah, maka dia mendapat jumaat dan wajib menambah satu rakaat selepas imam memberi salam. Sebaliknya jika tdk sempat rukuk pd rakaat kedua dgn tamakninah bersama imam, haruslah berniat jumaat atau niat zuhur.

Perbezaan:

- Makmum muwafiq mempunyai masa yang mencukupi untuk bersama imam semasa imam membaca al-Fatihah manakala makmum masbuq tidak mempunyai masa yang mencukupi bersama imam semasa imam membaca al-Fatihah.
- Makmum muwafiq dimaafkan sekiranya tertinggal jarak 3 rukun panjang daripada imam untuk menyelesaikan bacaan al-Fatihah manakala makmum masbuq dibolehkan mengikut imam sekiranya belum selesai membaca al-Fatihah kerana al-Fatihah ditanggung oleh imam.
- Sekiranya makmum muwafiq belum selesai membaca al-Fatihah sedangkan imam telah ruku, maka hendaklah ia menghabiskan al-Fatihah itu sehingga imam selesai sujud dan bangun drpd sujud yang ke-2. Sekiranya makmum masbuq takbir semasa imam belum rukuk, hendaklah makmum tersebut membac al-Fatihah sekadar yang ia sempat.


p/s: diharap note ringkas ini dpt membantu insan yg memerlukan. Sekiranya ada persoalan ataw penambahan, diharap dpt diperbetulkan. Wallahu'allam.

0 comments: