Blogger Templates

Friday, October 21, 2011

.:: Jadilah Kumbang yang Hebat dan Bunga yang Mekar ::.

Assalamualaikum.
ntah kenapa tiba2 terfikir tentang hal ni..
"Jadilah dirimu kumbang yang hebat...dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar.."





Kata-kata ni pernah saya tujukan buat seorang hamba Allah daripada kaum Adam..dia yang pernah saya kongsikan perasaan yang sama..tapi disebabkan saya lebih memilih syariat Islam yang hanya membenarkan hubungan halal yang diredhai Allah, saya mengambil keputusan untuk memilih jalan ini..jalan terbaik untuk menjaga hati masing-masing..Allah lebih tau apa yang terbaik buat hambaNya..kadnag-kadang tidak semua yang baik untuk kita tu semuanya kita suka..tak..dan kadang-kadang tak semua yang kita suka tu baik untuk kita..hakikatnya hanya Allah yang maha Mengetahui setiap yang baik untuk kita..saya harap dia faham mengapa saya ambil jalan ni..

Saya tengok ramai akhawat yang tersungkur bila cakap soal nie..tak payah tengok jauh2..juz tengok orang yang berada berdekatan saya..ramai yang macam ni..bila saya share dengan dorang perihal apa yang saya lakukan, dorang teringin sangat nak buat macam apa yang saya lakukan..ya..memang susah nak buat benda tu..lebih-lebih lagi bila orang tukita sayang sangat..tapi cuba kita fikir balik..siapa yang lebih kita sayang berbanding seorang lelaki dengan Allah???sudah semestinya Allah kan..

Bila saya mula-mula amik angkah ni, saya fikir banyak kali tau..ya lah..tak tau apa yang bakal saya hadapi di hari kemudian..tapi sebagai hamba Allah, kita kena lah redha dengan Qadha' dan Qadar Allah..saya amik banyak masa juz disebabkan nak terangkan niat saya kepada dia..mulanya, dia cakap dia faham apa yang saya maksudkan..tapi hakikatnya, dia masih tak faham..tapi akhirnya saya berjaya..berjaya untuk mengawal hati ini dan hatinya daripada terus terjerumus dalam lembah kejahilan..lebih2 lagi bila dia luahkan hasrat hatinya agar hubungan kami menjadi hubungan yang diredhai Allah..mungkin dia kurang pengalaman dalam soal nie..sebab dia gunakan cara yang salah..huhu..jadi sebagai orang yang sedar akan masalah ni, saya terpaksa sedarkan dia..dan akhirnya kami wat keputusan ni..biarlah hanya Allah yang menentukan pasangan hidup saya dan dia..kalaw saya bukan ditakdirkan untuk dia, sudah tentu Allah akan berikan yang lebih baik buat kami..^_^ so di sini tak ada apa yang perlu ditangiskan..dikesalkan..yakin hanya pada Allah..

Daripada terus biarkan hati kita rosak dengan cinta yang kita sendiri tak tahu ke mana hala tujunya, better selamatkan hati tu..once hati kita tenggelam jauh ke dasar, buka mudah nak push semua supaya jadi kembali sediakala..bukan susah..hakikatnya..Cinta Allah Cinta yang Abadi dan Hakiki...hanya orang bertuah yang beroleh cinta seperti ini..

Ya Allah, berilah peluang buat hambaMu ini
untuk merasai kehangatan cinta dariMu ya Allah..
Kau berikanlah pasangan yang terbaik buat diriku
kerana hanya diriMu yang mengetahui segala-galanya..
jauhkan aku dari cunta duniawi
selagi aku belum beroleh cinta dariMu...


Wallahu a'lam...

0 comments: