Blogger Templates

Monday, March 23, 2015

.:: Pesanan Luqman al-Hakim ::.

Assalamualaikum w.b.t

Saya nk share jap pasal Luqman al-Hakim yang saya tgh baca daripada buku Ululalbab ni..dah lama dah start baca buku ni tapi lambat nau nak abiskan..yelah..susah nak cari free time as student ni..huhu..

Luqman al-Hakim seorang hamba berkulit hitam tetapi mempunyai hikmah dan budi pekerti yang menyenangkan hati. Beliau sentiasa menahan pandangan mata daripada maksiat, menahan lidah daripada menuturkan kata yang tidak berfaedah, menahan makan, mengawal nafsu, benar dalam percakapan, menyempurnakan janji, memuliakan tetamu, menjaga jiran serta meninggalkan perkara yang tidak berkaitan dengan dirinya. Disebabkan inilah beliau mudah mendapat hikmah daripada Allah sehinggakan Allah memuliakan beliau dengan menyebut namanya di dalam al-Quran..surah ape cuba teka..surah Luqman la..hehe..

Antara pesanan beliau:

  • Wahai anakku, janganlah dirimu lebih hina daripada ayam jantan yang berkokok menjelang fajar sedangkan dirimu masih berada di atas tilammu.
  • Wahai anakku, janganlah melewat-lewatkan taubat, kerana kematian datang secara tiba-tiba.
  • Wahai anakku, tidak pernah diriku menyesal kerana berdiam diri, kerana andainya bercakap itu perak, diam itu emas.
  • Wahai anakku, jadikanlah dirimu bersama ulama, dengarlah perkataan hukama, kerana Allah s.w.t menghidupkan hati yang mati dengan cahaya hikmah sebagaimana bumi dihidupkan dengan hujan yang lebat.
  • Sesiapa yang berdusta, hilanglah kemuliaan air mukanya.
  • Sesiapa yang berakhlak buruk, hidupnya penuh kedukaan.
  • Memindahkan batu dari tempatnya lebih mudah daripada usaha memahamkan orang yang tidak mahu faham.
  • Wahai anakku, dunia ini ibarat lautan yang dalam, ramai yang telah karam. Binalah bahteramu dengan takwa, pengikatnya dengan iman manakala layarnya tawakal kepada Alah s.w.t, sehingga dirimu selamat.
  • Wahai anakku, pernahku membawa bongkah besi, namun itu tidak berat berbanding menanggung kerenah jiran yang buruk akhlaknya.
  • Wahai anakku, sebaik sahaja dirimu berada di dunia ini, bermakna dunia berada di belakangmu dalam perjalanan ke akhirat. Semakin jauh dirimu melangkah, semakin dekatlah dirimu ke akhirat.
  • Wahai anakku, perbanyakkanlah istighfar sepanjang masa kerana andainya masa berlalu tidak mungkin kembali lagi.
  • Wahai anakku, elakkan berhutang kerana hutang menjadi simbol kehinaan waktu siang, membawa kedukaan waktu malam.
  • Wahai anakku, bergantung haraplah kepada Allah s.w.t kerana ini mengelak dirimu melakukan maksiat terhadap-Nya dan takutlah Allah s.w.t serta tidak berputus harap akan kerahmatan-Nya.
  • Wahai anakku, jangan hidup secara berpura-pura kerana perbuatan itu menimbulkan ketakutan waktu malam dan kecelakaan waktu siang.
  • Wahai anakku, selepas beriman kepada Allah s.w.t, carilah sahabat yang baik. Sahabat yang baik itu seperti pohon tamar, dirimu berlindung di bawahnya ketika panas, pohonnya dijadikan bahan api apabila perlu dan buahnya lazat dimakan.
Itu antara pesanan Luqan kepada anaknya..bayangkanlah kata-kata itu adalah kata-kata ayah kita kpd kita sbg seorang anak..smoga kita dpt menjadi anak soleh dan solehah serta abdi yg taqarrub ilallah..

wallahu a'lam.

.:: Bakat Terpendam ::.

Assalamualaikum olls..

Hari ni hati sy terpanggil nak buka blog ni..hehe..
Dalam kesibukan menjalani praktikum, sempat jugak nak menyempatkan diri buka page ni. Yelah. Dah lama tak buka. Last buka pun bulan 1 hari tu kan..kan..kan..hehehe..

Hari ni nak merapu jap..pasal B.A.K.A.T!

Ha..what can u describe about that word?Simple jer kan...semua orang ada bakat tersendiri..awak yang tengah baca ni pun ada bakat tau..nak tau bakat ape?Bakat senyum sorang-sorang..hehe..tak ada lah..gurau je..jangan marah..nanti tambah dua kdut kat tepi kening tu tau.. (macam ku kenal ayat tu..hmm..garu kepala)

Rugi tau kalau korang sia-siakan bakat yang korang ada..belum jumpa bakat terpendam?So buat la gali cari sikit..hehe..rajin2 kan lah diri tu join macam2 aktiviti yer..tapi sy faham..mesti malas nak join apa2 kan..hihihi..biasalah tu..just try something simple n easy..macam sekarang ni apa yang sy perhatikan, makin ramai yg buat bisnes felt craft..tak sangka jugak felt tu blh dijadikan bisnes kn..ha..sebelum ni pn ada juga sy terfikir nk berbisnes felt craft..yelah..nak tampal sikit2 belanja sehari2 kan..takkan nak harap dengan 'fama' je..haha..masalahnye..hmm..malas yang melampau n lagi satu masalah kronik nye..no idea nk buat apa plus susah nk cari sumber..pffff..last-last semangat pun merudum jatuh..

Mula2 dulu sy start dgn buat broch..tapi..tak dapat sambutan..huhuhu.sedih..lepas tu terus stop..but at least sempat jugak la pulang balik modal..cuma dah tak ada hati nak sambung..ha..ni lah! Ni lah masalah utamanya...cepat sangat nak mengalah..hampeh tol lah..

Tapi ada satu benda yang sy rsa nk contribute btol2..dari dulu smpai sekarang tak pernah berhenti..nak tau apa?hihihi..menulis..actually disebabkan suka baca novel maka terlahirlah minat untuk mencipta karya sendiri..cuma tak pernah publish kat mana2 lh..yelah..sekolah lg masa tu..mane nk fikir pasal publish2 ni..just berkarya suka2...pembacanya sape?ofcoz la kengkawan..hahaha..rasa nk tergelak pulak bila ingat zaman sekolah dlu..tp alhamdulillah..respon dari dorang tu lah jugak yang membuatkan saya tak berhenti menulis sampai sekarang..tp jangan cari buku sy kt pasaran tau..tak pernah keluar..hihihi..

Tengs sgt2 kpd kwn2 yg banyak membakar semangat sy untuk x berhenti menulis..ha..ni ada 1 lg tafsiran ni..skolah menengah bkn blaja..baca novel???ha..ha..dh kantoi.. (tutup mulut)

Eh..wait..!! Apasal pulak sy g cerita pasal history bakat sy ni?melalut lah pulak..dah nama nk merapu kan kt atas tu..hmm..xboleh jadi ni..oklh u olls..sy stop dlu sebelum ada orang pecahkan screen lappy sebab menyampah dengan en3 sy..sob..sob..

out dlu..
Salam..