Blogger Templates

Saturday, September 7, 2013

^^Ujian itu tarbiah^^

Assalamualaikum sahabat sekalian.
Lama jugak saya menyepi tanpa en3 baru kan..maaflah..masa terlalu ful ngn assignment..huhu..ne pun perlu siapkan lagi dua..lagi satu sebab kenapa saya dah lama tak update blog..ofcoz bcause i've no idea what to write..but today i wanna try to write something meaningful..not meaningless..InsyaAllah dengan izinnya..

Kenapa aku ditakdirkan jadi  macam ni?
Apa dosa aku sampai hidup aku jadi macam ni?
Kenapa orang lain tak diuji macam ni?
Arghhh!Aku benci hidup macam ni!

Siapa tak pernah timbul persoalan macam ni dalam benak fikiran dia?Sila angkat tangan!
Rasa nak gelak pulak. Tipulah tak pernah, walaupun sekali imbas..mesti pernah. Kecuali orang yang jiwanya berserah sepenuhnya kepada Allah yang Esa.

Sahabat..hidup ini tak pernah lepas dari ujian..sedar tak kita,
bila hidup penuh dengan keseronokkan, hati mudah lalai?
sedar tak kita bila hidup sentiasa gembira, kita akan lupa pada Dia yang mengahdirkan rasa gembira tu?
sedar tak kita tanpa derita, kita tak berpeluang merasakan sengsara?
Tepuk dada, batuk sikit..tanyalah iman awak semua..
Sehari dua ni..terlalu banyak dugaan dan ujian yang datang dalam hidup saya..
memang pada mulanya rasa sakit sangat..rasa tak mampu nak teruskan perjalanan hidup ni..
siapa tahan kalau diuji dengan ujian yang begitu berat?
Tapi, ketika itulah..
Ketika itulah kita kembali merangkak mencari Dia..
Dia yang hanya Dia mampu menenteramkan keresahan di jiwa..
Ketika itulah Dia memberikan pertolongan kepada kita yang mengharapkan pertolonganNya
meskipun kita dah lama lupakan dia..

Tengoklah hikmah di sebalik ujian yang kita dapat..
kita kembali kepada Dia..

Cuba imbas kembali..
Sudah berapa lama kita tak memohon kepadaNya?
Sudah berapa lama kita tak mengingatiNya?
Sudah lama bukan?
Kita mudah tenggelam dalam kesenangan hidup yang Allah telah berikan..
Jadi mengapa Dia datangkan ujian?

sebabnya..Dia terlalu indu mendengar rintihan kita..rayuan hamba-hambaNya yang sentiasa berhaap kepadaNya..
kerana itu Dia mendatangkan ujian..
Ingatlah..setitis air mata penyesalan, gugurlah satu dosa..
Bulu mata yang basah dengan air mata penyesalan, pasti akan menjadi saksi sewaktu hari perhitungan nanti..
Malah dengan sehelai bulu mata itu juga InsyaAllah pintu syurga akan terbuka untuk kita..

Sahabat sekalian..
perjalanan hidup ini masih panjang..
Terlalu banyak perkara lagi yang perlu dipelajari..
Terutamanya saya yang baru 21 tahun mengharungi hidup sebagai hamba Allah..
Pernah tak tanya diri kita..
dalam masa 21 tahun tu, berapa banyak masa yang kita peruntukkan untuk berjuang di jalanNya?
berapa banyak masa kita buang untuk bermaksiat?
muhasabahlah diri kita kembali duhai sahabat yang diredhai Allah..
semoga kita sentiasa berada di dalam rahmatnya..

Di luar sana, umat Islam di mesir..syiria..palestin..
Berusaha untuk menegakkan Islam..
kita?Apa sumbangan kita untuk Islam?belum ada bukan?
Alhamdulillah kalau dah ada sumbangkan untuk agama.
Malaysia terhindar daripada sebarang peperangan..tetapi macam mana dengan umat Islam?
Macam mana dengan iman kita? Sangat goyah..Termasuklah diri ini..terlalu goyah sehingga membuatkan diri ini malu untuk menghadap Ilahi..
Terasa diri ini terlalu hina..namun..keampunan dan rahmat Allah itu tak pernah tutup..

Sepatutnya kita bersyukur..bersyukur kerana didatangkan ujian..
Siapa ujian yang didatangkan itu berat, sudah tentu Allah yakin dia mampu untuk menghadapinya..
Alhamdulillah..ujian yang datang dalam hidup saya sekarng, membuka mata hati dan fikiran saya..
Pasti ada hikmah yang tersembunyi di sebalik semua yang berlaku..
InsyaAllah..iman akan semakin mantap..

Ya Allah..kuatkanlah hambaMu yang lemah ini..
Wahai tuhan yang maha pengasih dan maha kuat..

wallahu a'lam..semoga entri yang tak seberapa ini mampu untuk membuka minda kita..insyaAllah..

0 comments: