Blogger Templates

Saturday, September 7, 2013

Sesalan tak berguna..

Allah..Allah..Allah..
Malam ni..masa sangat terluang..saya amik masa ni utk rewind balek semua entri saya sepanjang saya berblogging..Allah..rasa nak nanges pn ada..
Jikalau dulu saya menjarakkan hubungan hanya kerana Allah,
namun kini saya sendiri yang tersungkur jatuh di lembah kehinaan..
Lebih mengagungkan cinta manusia berbanding cinta Allah..
Allahurabbi..ampunkan dosaku ya Allah..

Di dalam al-Quran surah as-Saf Allah menempelak..
mengapa kamu mengatakan sesuatu yang kamu sendiri tidak lakukan?
Rasa air mata nak menitis laju..huhuhu..
terasa macam ayat tu ditujukan buat diri yang terlalu lemah ini..
Allahu akbar..

Ya Allah..lindungilah aku daripada bisikan syaitan yang direjam..
Kau berikanlah kmbang yang pernah aku jauhkan diri daripadanya keranaMu pasangan yang terbaik buatnya ya Allah..
sesungguhnya Engkau yang maha mengetahui setiap percaturan hidup hambaMu..
aku hanyalah seorang insan yang sangat lemah..yang masih memerlukan bimbinganMu dalam menempuhi jalan hidup yang penuh duri ini...
Ya Allah..ampunkan daku andai diri ini lantang bersuara tetapi terlepas melihat masa silam agar dijadikan pengajaran..

Amin ya Rabb..

0 comments: