Blogger Templates

Saturday, September 7, 2013

::.Pembawa Berita Gembira.::

Alhamdulillah..
Hari ini Allah telah memberikan nafas baru untukku meneruskan kehidupan..
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bertaubat..
memohon keampunan kepadaNya..

Dear readers sekalian..
pernah tak kita terfikir..
mengapa Allah ciptakan angin dan hujan?
Ok..tak perlu fikirkan hikmah penciptaannya kerana hanya Dia sahaja yang maha mengetahui..
Umumnya, setiap yang Allah jadikan, pasti tersirat hikmah disebaliknya..
Di dalam al-Quran banyak terdapat ayat yang menjelaskan..
Allah menyampaikan berita gembira dengan di datangkan angin dan juga pasangannya hujan..
Hebat kan Allah..hanya Dia yang Maha Hebat..

Setiap makhluk ciptaan Allah itu dicipyakan berpasangan..
Betul tak?Siapa tak setuju, sila pergi sekolah balik and blaja banyak2...hihihi..
Betullah tu..Allah ciptakan awan dan hujan..malam dan siang..langit dan bumi..kaya dan miskin..derita dan gembira..dan banyak lagi makhluk Allah ini berpasangan..
Termasuklah binatang dan juga manusia..
Adil sungguh percaturan Allah kan..
Tapi manusia masih tak berpuas hati dengan mengatakan Allah tak adil..
Allahu akbar..
Segeralah bertaubat sekiranya anda pernah menuduh Dia dengan tuduhan yang tak berasas sebegitu..

Si miskin tak pernah bersyukur dengan apa yang dia ada..
Si kaya pula berbangga diri dengan harta yang Allah kurniakan..
mengapa semua ini terjadi?
Kerana kurangnya iman di dalam diri dan hati kita..
Sahabat sekalian..di akhirat nanti, umat Nabi Muhammad akan dimasukkan ke dalam Syurga walaupun di dalam hatinya hanya ada iman sebesar zarah sahaja..
Persoalannya, sudah cukupkan untuk kita meraih Syurga yang abadi itu dengan hanya iman sebesar zarah?
Betapa tidak setarafnya kita dengan para alim ulama'..dengan para anbia'..
Tetapi kita hanya manusia yang hina..terlalu jauh taraf kita dengan para nabi..
Di mata Allah, ketaqwaan dijadikan ukuran darjat seseorang manusia itu..

Taqwa tu apa?
Takut melakukan perkara yang dilarang Allah dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melaksanakan perkara yang diperintahkan..
Bagaimana kita nak meraih perhatian daripada Dia jika ketika solat pun hati kita sempat lagi memikirkan perkara yang tak sepatutnya..
Bila kunci hilang, ketika solat jugak difikirkan ke mana perginya kunci..
Bila assignment tak siap, ketika solat jugak cari idea nak tulis apa..
Kalau macam ni, sampai bila kita nak khusyuk?
Khuyuk tu memang susah..tapi hanya Allah yang layak menilai kekhusyukkan kita..
dah melalut dah saya ni bercakap..maaf semua..

Point saya di sini sebenarnya hanya nak mengajak kita sama-sama merenung setiap benda yang telah Allah ciptakan di sekeliling kita..
Dengan cara itu, kita akan dapat menambahkan lagi keimanan kita kepada Dia..
Keunikan susunan penciptaan setiap makhluk sangat menyantuh iman..
Kita hanya menusia yang sangat kecil jika dibandingkan dengan Dia..memang tak dapat dibandingkan dengan sesuatu..Allah maha besar..maha kuasa yang menciptakan segala sesuatu..
Wallahu a'lam..

0 comments: