Blogger Templates

Saturday, June 30, 2012

Kambing Dengan Manusia

Assalamualaikum rakan2 sekalian..
Alhamdulillah pada pagi 1 Julai ni dapat gak saya update entri..
Mesti pembaca semua curious kn kenapa saya buat perbandingan diantara kabing dengan manusia..
hmm..mari kita ungkapkan terlebih dahulu..hehehe..

Sebelum tu..saya nak tanya anda semua..
Kenapa Allah takdirkan dalam riwayat hidup Rasulullah, baginda pernah hidup dengan mengembala kambing ternakan milik masyarakat arab sewaktu baginda kanak-kanak?
Pernah terfikir tak?Sebenarnya saya pun tak pernah terfikir sehinggalah satu hari tu lecturer saya tanya soalan macam tu..Fuhh..tak boleh jawab punye..hahaha..
Kita pun tahu kan..setiap yang telah Allah takdirkan punya hikmah tersembunyi..
Disebabkan kita ne dah dikurniakan akal, oleh itu kita kenalah menggunakan akal kita tu untuk membongkarkan apakah hikmah disebalik setiap perkara yang telah Allah takdirkan..
Tapi, bukan berfikir apa yang belum berlaku tau..berfikirlah hikmah perkara yang telah berlalu..
Buka fikiran anda..tajamkan akal untuk berfikir..
Kadang-kadang, ada perkara yang dah berlaku tapi hikmahnya belum kelihatan..
Oleh itu, kita semua ne kenalah berusaha untuk bersabar..kerana di sebalik apa yang telah berlaku, pasti ada hikmahnya..^_^

Eh..telajak pulak..laen yang diutarakan..hehe...
Berbalik kepada persoalan tadi..
Kenapa Rasulullah gembala kambing sedangkan banyak lagi binatang lain yang dapat baginda jaga..??
Jawapannya..sebab perangai kambing sama macam manusia..
Eh, btol ke??haa..mesti korang tertanya-tanya kan..
Btol..cuba korang smua perhatikan..
Kambing bila dilepaskan di satu kawasan padang rumput, binatang2 ni akan bertempiaran..dorang takkan berada dalam satu kelompok walaupun dorg tak de lah banyak mane kn..hehe..

Tak caya?btol..tengok lah sendiri..
Sebab tu lah kambing ni disamakan dengan manusia..sebab kambing ni degil..
bersesuaian dengan perangai masyarakat Arab jahiliyah pada ketika itu..
Kiranya seolah-olah Allah nak biasakan Rasulullah dengan manusia yang bakal baginda pimpin, yang bersifat degil..yang bakal menolak ajaran baginda...
Dengan cara ni, Rasulullah akan lebih tabah untuk menghadapi kaum musyrikin Mekah..
Tapi, waktu tu Rasulullah sendiri tak tahu yang baginda akan menjadi utusan Allah..
Betapa sempurnanya perancangan Allah...
Tiada yang lebih mengetahui melainkan Dia..

Lumrah manusia bersifat degil..
kerana itu Allah menurunkan akal agar kita dapat berfikir mana yang lebih baik..
Tidaklah hidup kita ne lebih dipengaruhi hawa nafsu..
Namun kerana nafsu jugalah kita layak untuk memakmurkan bumi..
Kenapa? Sebab dengan adanya nafsu, maksudnya kita ada kehendak..
Bila adanya kehendak, kita dapat membuat keputusan yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran..
tapi berhati-hati..sebab bila nafsu lebih daripada akal, kita akan terjerumus ke lembah kehinaan..
bahkan lebih rendah lagi daripada binatang..
huhuhu..na'udzubillah..

Tajamkan fikiran..luaskan pandangan..
sama-sama tanya pada diri kita..
adakah kita lebih mengutamakan nafsu dari akal??
Tepuk dada tanya iman..
Wallahu a'lam..

0 comments: