Blogger Templates

Thursday, June 21, 2012

Eh, dah gatal sangat?!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...

"Eh, dah gatal sangat?!!" Inilah respon yang paling banyak diberikan oleh ibu bapa kita apabila sang anak membuka mulut untuk menyatakan keinginannya untuk berkahwin lebih awal. persoalannya di sini, mengapa sekiranya seorang anak ingin bernikah lebih awal, orang tua mereka cenderung untuk melabel anak mereka dengan perkataan gatal dan sebagainya??

Dalam al-Quran, surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
"Dan diantara tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia telah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikannya di antara kamu suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Melalui ayat ini, jelas dinyatakan bahawa tidak salah sekiranya seseorang itu mahu berkahwin. malahan telah ditetapkan Allah bahawa setiap manusia itu mempunyai pasangannya sendiri.

Rasulullah sendiri telah bersabda yang berbunyi:
"Perkahwinan itu sunnahku, dan sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia bukan dari kalangan umatku."
(Riwayat Bukhari)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa perkahwinan adalah satu ibadah. Pada pendapat saya, ibu bapa seharusnya berfikir kepentingannya dari sudut pandangan mata anak-anak. Dengan berkahwin lebih awal, mereka boleh mengelakkan diri mereka dari terjerumus ke lembah kemaksiatan. Tetapi sudah tentulah dipersoalkan kembali, mengapa mereka membiarkan diri dan hati mereka terjebak dalam jurang cinta?hehe..ini pun bukan alasan untuk anak-anak mengambil jalan mudah untuk berkahwin awal. namun begitu, perkahwinan adalah satu ibadah. tidak salah rasanya jika seorang anak ingin berkahwin awal sekiranya dia sudah mampu untuk menyara hidupnya dan isterinya. Sekiranya belum berkemampuan, kan ada cara lain iaitu nikah khitbah. Apa tu nikah khitbah? Hehe..kalw nak tau, search lah kat pak cik google..hehehe..

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah sikap segelintir masyarakat kita pada masa kini yang memandang mereka yang kahwin awal dengan pandangan yang buruk. Sepatutnya, kita sebagai masyarakat yang hidup dalam kelompok masyarakat Islam harus memahami perkara ini. Tapi apa yang peliknya, jika berbicara soal perkahwinan, orang akan mngaitkan dengan Islam. Tetapi perkara lain tidak dikaitkan dengan Islam. Contohnya dalam soal menutup aurat. Kenapa eak??? Saya pun tertanya-tanya sebab mereka ni seolah-olah mengambil sebahagian hukum dan menola sebahagian yang lain. huhuhu..naudzubillah..huhuhu..saya tak ada hak nak menghukum mereka sedemikian..hanya Allah yang lebih tahu..

Dah lah..tak nak la merepek panjang-panjang...takut pulak saya nanti mula melalut..huhu..
dalam entri ni, saya hanya ingin mengutarakan kepelikan saya dengan ibu bapa yang mengalang anak mereka berkahwin awal. Memanglah..saya akui. Pendidikan tu lebih penting. tapi sekiranya mereka akan melakukan maksiat apabila tidak berkahwin, lebih baik memilih untuk berkahwin awal kan??
tapi, peringatan untuk para remaja..pandai-pandailah kontrol perasaan..semain iman dalam diri..hiasi diri dengan taqwa..insyaAllah dengan iman yang mantap dalam hati, pasti akan dapat hindari masalah virus pink ne..hehehe..

0 comments: