Blogger Templates

Saturday, June 30, 2012

Kambing Dengan Manusia

Assalamualaikum rakan2 sekalian..
Alhamdulillah pada pagi 1 Julai ni dapat gak saya update entri..
Mesti pembaca semua curious kn kenapa saya buat perbandingan diantara kabing dengan manusia..
hmm..mari kita ungkapkan terlebih dahulu..hehehe..

Sebelum tu..saya nak tanya anda semua..
Kenapa Allah takdirkan dalam riwayat hidup Rasulullah, baginda pernah hidup dengan mengembala kambing ternakan milik masyarakat arab sewaktu baginda kanak-kanak?
Pernah terfikir tak?Sebenarnya saya pun tak pernah terfikir sehinggalah satu hari tu lecturer saya tanya soalan macam tu..Fuhh..tak boleh jawab punye..hahaha..
Kita pun tahu kan..setiap yang telah Allah takdirkan punya hikmah tersembunyi..
Disebabkan kita ne dah dikurniakan akal, oleh itu kita kenalah menggunakan akal kita tu untuk membongkarkan apakah hikmah disebalik setiap perkara yang telah Allah takdirkan..
Tapi, bukan berfikir apa yang belum berlaku tau..berfikirlah hikmah perkara yang telah berlalu..
Buka fikiran anda..tajamkan akal untuk berfikir..
Kadang-kadang, ada perkara yang dah berlaku tapi hikmahnya belum kelihatan..
Oleh itu, kita semua ne kenalah berusaha untuk bersabar..kerana di sebalik apa yang telah berlaku, pasti ada hikmahnya..^_^

Eh..telajak pulak..laen yang diutarakan..hehe...
Berbalik kepada persoalan tadi..
Kenapa Rasulullah gembala kambing sedangkan banyak lagi binatang lain yang dapat baginda jaga..??
Jawapannya..sebab perangai kambing sama macam manusia..
Eh, btol ke??haa..mesti korang tertanya-tanya kan..
Btol..cuba korang smua perhatikan..
Kambing bila dilepaskan di satu kawasan padang rumput, binatang2 ni akan bertempiaran..dorang takkan berada dalam satu kelompok walaupun dorg tak de lah banyak mane kn..hehe..

Tak caya?btol..tengok lah sendiri..
Sebab tu lah kambing ni disamakan dengan manusia..sebab kambing ni degil..
bersesuaian dengan perangai masyarakat Arab jahiliyah pada ketika itu..
Kiranya seolah-olah Allah nak biasakan Rasulullah dengan manusia yang bakal baginda pimpin, yang bersifat degil..yang bakal menolak ajaran baginda...
Dengan cara ni, Rasulullah akan lebih tabah untuk menghadapi kaum musyrikin Mekah..
Tapi, waktu tu Rasulullah sendiri tak tahu yang baginda akan menjadi utusan Allah..
Betapa sempurnanya perancangan Allah...
Tiada yang lebih mengetahui melainkan Dia..

Lumrah manusia bersifat degil..
kerana itu Allah menurunkan akal agar kita dapat berfikir mana yang lebih baik..
Tidaklah hidup kita ne lebih dipengaruhi hawa nafsu..
Namun kerana nafsu jugalah kita layak untuk memakmurkan bumi..
Kenapa? Sebab dengan adanya nafsu, maksudnya kita ada kehendak..
Bila adanya kehendak, kita dapat membuat keputusan yang terbaik dengan menggunakan akal fikiran..
tapi berhati-hati..sebab bila nafsu lebih daripada akal, kita akan terjerumus ke lembah kehinaan..
bahkan lebih rendah lagi daripada binatang..
huhuhu..na'udzubillah..

Tajamkan fikiran..luaskan pandangan..
sama-sama tanya pada diri kita..
adakah kita lebih mengutamakan nafsu dari akal??
Tepuk dada tanya iman..
Wallahu a'lam..

Lupa lagi eak??

Assalamualaikum readers sekalian..^_^
hehe..jom..jom..kali ni nk ckp tentang apa eak??
hmm...jom kita wat muhasabah diri..nk tak???
macam maca??hmm..banyak caranya taw..
salah satu...jom kita dekatkan diri dengan Allah dulu k..hehehe..

Dalam en3 kali ni, saya nak kemukakan tentang salah satu lagu Maher Zain yang sangat memberikan kesan dalam hati saya sewaktu kali pertama saya dengar lagu tu..tajuknya adalah..Open Your Eyes..
siapa setuju yang lagu ne best, angkat tangan!!!
Haaa...tengok...ramai yg setuju..hehehe...

Kenapa saya cakap lagu ne beri kesan di hati saya??
Sebab dalam lagu ne, penulis bawa kita mengenang kembali setiap benda yang telah Allah ciptakan..
contoh yang paling dekat..Allah telah ciptakan tubuh badan kita dengan bentuk yang sempurna dan unik..
Pernah terfikir tak bagaimana kita nak bergerak, berkomunikasi, mendengar dan elihat ciptaan Allah, dan bermacam lagi sekiranya Allah tak ciptakan anggota badan zahir kita??
Sudah tentu susah kan??
Kalau orang yang cacat anggota tu..lain ckes lah..
Disebabkan setiap orang mempunyai keistimewaan dan kelebihan yang berbeza, sudah tentu mereka yang dikategorikan dalam kategori cacat memunyai kelebihan tersendiri..
Contohnya orang yang tak ada tangan..dia dapat menulis gak..tapi dengan jari kaki contohnya..
unik kan..subhanallah..
berkemungkinan gak mereka mempunyai kesempurnaan dalam berkata2 atau melontarkan idea yang bernas..siapa tahu kan..hakikatnya hanya Allah yang Maha Mengetahui..

Lepas tu Allah kurniakan pulak kat kita akal fikiran..
Inilah salah satu keistimewaan makhluk Allah bernama manusia..diberikan akal fikiran..
Untuk apa????
Sudah tentunya untuk berfikir kan..hmm,,sape yang tak dapat jawab soalan ne...memey lah..hehehe..
Berfikir tentang apa??
Dalam al-Quran sendiri Allah dah suruh kita menggunkan akal untuk berfikir..mata untuk memerhati..
Maksudnya di sini, sentiasa melihat benda yang diciptakan Allah..fikirkan keunikan makhlik ciptaan Allah..
Jika kita teliti betul2...sudah tentu kita dapat rasakan betapa kerdilnya diri kita di sisi Allah..
Kerdilnya kita jika dibandingkan dengan alam cakerawala yang luas..
Subhanallah..maha suci Allah..
Bila kita sentiasa berfikir tentang semua ni..sudah tentu kita dapat mendekatkan diri kita dengan pencipta kita kan..

Orang kata..bila tengok tumbuhan hijau..kita akan rasa tenang..
Pernah tak terfikir kenpa? Cepat fikir..!!!!!

Teeetttttttttttt..masa tamat..hehehe..
Sebabnya adalah..setiap tumbuhan hidup sentiasa berzikir kepada Allah..
Bila dengar alunan zikir, hati kita sendiri pn automatik rasa tenang kan??
sebab tu bila kita merenung tumbuhan hijau, ketenangan mula menjalar dalam hati..
memanglah kita  tak dapat dengar apa zikir yang dialunkan oleh makhluk Allah tu..
tapi kita dapat rasakan ketenangannya jugak kn..
Lagi satu..bila kita bandingkan diri kita dengan alam sekeliling yang juga merupakan makhluk Allah dalam konteks ketaatan beribadah, dorang lagi taat kan..
Always berzikir..berbanding kita..ada masanya kita berzikir..ada masa pulak kita lalai..
biasalah manusia..penuh dengan ujian Allah yang pelbagai..
Ada masanya ujian tu buat kita dekat dengan Allah..tapi ada masa pulak mereka yang tak tahan dengan ujian akan berpaling dari Allah..nudzubillah..huhuhu..
(harap sangat diri ini tidak tergolong dalam golongan tersebut..huhuhu)

Eh..cakap tadi nak muhasabah diri..tetiba pulak cite pasal bezikir la..kehebatan ciptaan Allah la..
hmm..sebenarnya..bila kita berfikri tentang kehebatan dan kesempurnaan apa yang teah Allah ciptakan, kita dapat dekatkan diri kita dengan Allah...dan seara tidak langsung, akal fikiran kita akan mula mengarahkan ingatan kita untuk kembali mengingati segala apa yang telah kita lakukan sepanjang kita bernafas di bumi Allah..

Cuba fikirkan kembali...
Layakkah kita untuk bernafas dalam udara yang telah diciptakan Allah sedangkan diri kita..hati kita..sering bermaksiat kepada Allah??layakkah??(huhu..persoalan ini saya lebih tujukan kepada diri sendiri..)
Betapa pemurahnya pencipta kita yang Maha Agung..
Masih memberikan peluang untuk kita bernafas di bumi ini sedangkan kita kekadang lupa kepadaNya..
Dia masih memberikan peluang untuk kita bertaubat..
Rakan pembaca sekalian..
Sanggupkah anda meninggalkan dunia ini dalam keadaan diri yang penuh dosa dan noda dunia??
Dah ready belom nak jawab soalan Munkar dan Nakir dalam kubur nanti??
Huhu..xsanggup rasanya nak membayangkan azab kubur..apatah lagi azab neraka..
Selagi masih ada waktu..marilah kita sama2 manfaatkan masa yang ada untuk bertaubat..amik peluang ni..mesti tau..kalau tak..nanti tak ada masa lagi untuk kita mengundur waktu..masa tu..hanya penyesalan bersarang di hati..tapi semua tu dah tak berguna lagi..
huhuhu...

Sama-sama kita kembali refleksi diri kita..
Tanya diri kita..
"Apa yang dah aku sumbangkan untuk agama?"
kalau belum ada, inilah masanya untuk menyumbangkan tenaga dan masa anda..
meskipun sedikit..at least masih ada yang dapat kita banggakan sekiranya di padang mahsyar nanti Allah tanya apa sumbangan kita..
tapi..yang penting..hati mesti ikhlas kerana Allah tau..
sebab bila hati tak ikhlas..semua amalah yang kita dah buat tu..macam tak ada apa2 ja..ibarat abu..kalau ditiup, terbang terus..tak ada maknanya..(hehehe..tak pandai lah nak bagi anaogi ne..maaf andai tersalah..^__^)

Cukup rasanya untuk kali ini..
Wallahu A' lam..hanya Allah yang mengetaui segalanya..
end at : 12.10 a.m

.:: Kenang Kembali ::.

Assalamualaikum w.b.t..
Alhamdulillah malam ini saya berkesempatan untuk meluangkan masa untuk menulis entri seterusnya..
Setiap kali buka blog..perkara yang bermain di fikiran adalah..ap yang perlu saya tulis??
huhu..sebab tu kadang2 bila xda idea, xda new entri pn..hehehe...

Sekejap tadi baru ja buat blogwalking kt salah satu blog akhawat yang kiranya saya respect..
bila baca smua entri dya..ada satu rasa timbul..
entah kenapa..kebelakngn ini..rasa nak keluar dari jalan dakwah yang dilalui sekarang ni kerap kali bertandang di sanubari..
dan berkali-kali jualah usaha untuk meningkatkan keyakinan dihati berlaku..
huhuhu..mudah sungguh hati ini digugah..
kadang2 ujian yang datang membuatkan perasaan tidak ingin meneruskan perjuangan di medan dakwah tu muncul..huhu..betapa rapuhnya hati ini..

Walau bagaimanapun..
saya bersyukur sangat sebab masih ada insan yang berusaha untuk memaintainkan diri ini supaya terus berjuang melawan kehendak hati yang kadang kala bertentangan ngan tugas yang perlu dilaksanakan..
Bersyukur sangat2 sebab Allah telah memberikan insan2 yang sangat perihatin dengan diri ini..

Setiap hari..
saya perhatikan rakan2 di sekeliling..
gembira bila melihat perubahan positif seorang teman yang banyak berkongsi idea dengan saya..
bila nilai dia dengan saya...rasanya dia lebih baik..alhamdulillah sekarang ni dia dah temui jalan dia..
tapi saya??huhuhu..
makin menuju ke arah yang..ntah..sukar untuk diungkapkan..
semoga ujian yang melanda ni dapat menguatkan  lagi hati ini untuk terus berjuang menari redha Ilahi..
tujuan sebenar hidup : mencari cinta Allah..dan menggapai syurgaNya..

ya Allah..teguhkanlah hati ini agar lih kuat dalam menempuh segala ujian dariMU..

Thursday, June 21, 2012

Eh, dah gatal sangat?!!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang...

"Eh, dah gatal sangat?!!" Inilah respon yang paling banyak diberikan oleh ibu bapa kita apabila sang anak membuka mulut untuk menyatakan keinginannya untuk berkahwin lebih awal. persoalannya di sini, mengapa sekiranya seorang anak ingin bernikah lebih awal, orang tua mereka cenderung untuk melabel anak mereka dengan perkataan gatal dan sebagainya??

Dalam al-Quran, surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud:
"Dan diantara tanda-tanda yang menunjukkan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia telah menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan jadikannya di antara kamu suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir."

Melalui ayat ini, jelas dinyatakan bahawa tidak salah sekiranya seseorang itu mahu berkahwin. malahan telah ditetapkan Allah bahawa setiap manusia itu mempunyai pasangannya sendiri.

Rasulullah sendiri telah bersabda yang berbunyi:
"Perkahwinan itu sunnahku, dan sesiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka dia bukan dari kalangan umatku."
(Riwayat Bukhari)

Sudah terang lagi bersuluh bahawa perkahwinan adalah satu ibadah. Pada pendapat saya, ibu bapa seharusnya berfikir kepentingannya dari sudut pandangan mata anak-anak. Dengan berkahwin lebih awal, mereka boleh mengelakkan diri mereka dari terjerumus ke lembah kemaksiatan. Tetapi sudah tentulah dipersoalkan kembali, mengapa mereka membiarkan diri dan hati mereka terjebak dalam jurang cinta?hehe..ini pun bukan alasan untuk anak-anak mengambil jalan mudah untuk berkahwin awal. namun begitu, perkahwinan adalah satu ibadah. tidak salah rasanya jika seorang anak ingin berkahwin awal sekiranya dia sudah mampu untuk menyara hidupnya dan isterinya. Sekiranya belum berkemampuan, kan ada cara lain iaitu nikah khitbah. Apa tu nikah khitbah? Hehe..kalw nak tau, search lah kat pak cik google..hehehe..

Apa yang ingin saya utarakan di sini adalah sikap segelintir masyarakat kita pada masa kini yang memandang mereka yang kahwin awal dengan pandangan yang buruk. Sepatutnya, kita sebagai masyarakat yang hidup dalam kelompok masyarakat Islam harus memahami perkara ini. Tapi apa yang peliknya, jika berbicara soal perkahwinan, orang akan mngaitkan dengan Islam. Tetapi perkara lain tidak dikaitkan dengan Islam. Contohnya dalam soal menutup aurat. Kenapa eak??? Saya pun tertanya-tanya sebab mereka ni seolah-olah mengambil sebahagian hukum dan menola sebahagian yang lain. huhuhu..naudzubillah..huhuhu..saya tak ada hak nak menghukum mereka sedemikian..hanya Allah yang lebih tahu..

Dah lah..tak nak la merepek panjang-panjang...takut pulak saya nanti mula melalut..huhu..
dalam entri ni, saya hanya ingin mengutarakan kepelikan saya dengan ibu bapa yang mengalang anak mereka berkahwin awal. Memanglah..saya akui. Pendidikan tu lebih penting. tapi sekiranya mereka akan melakukan maksiat apabila tidak berkahwin, lebih baik memilih untuk berkahwin awal kan??
tapi, peringatan untuk para remaja..pandai-pandailah kontrol perasaan..semain iman dalam diri..hiasi diri dengan taqwa..insyaAllah dengan iman yang mantap dalam hati, pasti akan dapat hindari masalah virus pink ne..hehehe..

.::Sekelumit Rindu::.

Assalamualaikum..
salam ukhuwah salam mahabbah..
hmm..terlalu lama rasanya saya sudah lama tidak mengupdate blog ne kan..
hehe..sudah kehabisan idea untuk membuat entri baru..

sedar tak sedar sekarang ni dah masuk semester yang kedua degree saya belajar di IPG Kampus Sarawak..tapi masih lagi berada di tahun yang pertama...
pagi ni saya akan membuat entri baru..
sebenarnya saya dah tulis semalam..tapi pagi ne baru dapat postkan dekat page ne..huhu..
tak apalah..yang penting saya still dapat share rahsia hati saya..^_^

pagi-pagi Jumaat yang tenang dan indah macam ne..
mengundang sayu dan sendu di hati ini..
mengenang dosa dan maksiat hati yang selama ini dilakukan..
huhu..hinanya diriku..

Ya Allah..sesungguhnya diri ini sangat bersyukur kerana diberikan kesempatan
untuk terus bernafas di muka bumiMu..
janganlah Kau ambil nyawa yang telah dipinjamkan sebelum sempat diri ini bertaubat..
sebelum sempat diri ini meraih cintaMu..
Tanpa disedari..
semakin banyak masa berlalu..sebenarnya semakin banyak peluang
yang diberikan Allah s.w.t untuk diri ini terus bertaubat..

Bayu yang bertiup menusuk ke segenap urat darah..
membuatkan minda ini merenung keindahan dan meunikan makhluk ciptaan Allah ini..
mengenangkan diri sendiri..yang telah diciptakan sebagai khalifah di muka bumi..
sebagai penegak agama Allah..
namun sayangnya..apa yang telah dilakukan??
diri ini lebih memilih untuk bermaksiat kepada Allah..
aduh..! betapa hinanya diriku..

kelopak mata dipejamkan..
cuba untuk membayangkan azab Allah atas dosakecil, dosa besar dan kekhilafan yang pernah dilakukan sepanjang bergelar makhluk Allah..
memaksa diri mengenangkan siksa kubur yang akan diberikan..
betapa azabnya siksa yang Allah telah tetapkan...
lalu kuikhlaskan hati menyembahNya..
dalam sujud..diri ini memohon keampunanNya..

Ya Allah..ikhlaskanlah hatiku...teguhkanlah imanku..kukuhkanlah agamaku..
luruskan niatku dalam menyembahMu..bimbinglah dan dampingilah diriku menuju jalanMu dan meraih cintaMu...ampunkanlah dosa-dosaku kerana hanya Engkaulah sebaik-baik pengampun dosa..
berikanlah diri ini kesempatan untuk memperbaiki kesilapan dan kekhilafan..
sesungguhnya diri ini sedar akan betapa banyak dosa yang telah dilakukan..
namun diri ini juga sedar akan betaa luasnya maghfirahMu terhadap hamba-hambaMu..

Mengenangkan diri yang penuh dengan noda dunia..
sedih menusuk kalbu..
sungguh..mengapa diri ini terlalu lalai mengharungi arus kehidupan..
sedangkan panduan untuk terus menjadikan ad-Din sebagai landasan
hanya berada di depan mata..
meskipun tahun baru belum menjelma..
namun azam baru ingin ditanam..
agar terus mengorak langkah menuju jalanNya..
teruskan berjuang...!!!
ya Allah..berikanlah aku kekuatan...

wallahu a'lam...