Blogger Templates

Sunday, February 5, 2012

:: Salam Maulidul Rasul ::

Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah..dpt jugak luangkan masa utk menulis dalam en3 kali neyh..
hri neyh dh 13 Rabiul Awal..
huhuhu...semalam maulidul Rasul..busy sgt..
dgn perarakan...dgn forum...mcm2 lgi lh..
tp alhamdulillah sbb diri ini disibukkan dgn benda2 yg baik..
especially yg meningatkan diri ini kepada Nya dan kekasih Nya..

Sempena maulud nabi neyh..
sya nk amik kesempatan utk mengucapkan
salam maulud nabi kepada semua umat Islam..
alhamdulillah hri neyh kita masih lgi dpt menyambut hari kelahiran
kekasih semua umat Islam iaitu Nabi Muhammad..

Alhamdulillah kelmarin ada perarakan maulud nabi peringkat kebangsaan..
thn neyh Miri yang jadi tuan rumah..
IPG Miri hantar wakil perarakan dlm 100 lbh jgk la..
tp yg pentingnya bkn psal berarak..atau hantar wakil..atau apa2 ja lh...
yg pentingnya...dpt berselawat ke atas Nabi junjungngan kita..
Nabi Muhammad S.A.W

Bersempena dengan hari kelahiran baginda neyh, mari kita sama2
kenang kembali...saat2 perjuangngan baginda nabi dalam menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini...
perjuangan baginda dan para sahabat yang teguh keimanan..
walaupun terlalu banyak cabaran yang perlu citempuh,
namun iman baginda dan para sahabat tetap utuh..
kerana apa??
kerana yakin akan janji Allah tentang ganjaran syurga bagi orang2 yang memperjuangkan kalimah Allah dan kemuliaan agama Islam..
Namun begitu, para sahabat sekalian...
kita mengenang Rasulullah ne bukan sahaja pada waktu kelahiran baginda..
malahan kita perlu mengenang dan mengingati baginda pada setiap hari...
dengan cara yang macam mana??
dengan cara beramal dengan sunnah baginda dan melaungkan selawat ke atas baginda Nabi..

Nak taw tak macam mana Maulud Nabi ne bermula??
sebab dulu bukannya ada para sahabat menyambut hari kelahiran baginda Nabi..
ni nak share lh sikit..
menurut maklumat yg saya dapat daripada forum yang saya hadiri semalam,
masa tu tahun 583 Hijrah.. memang waktu ne Rasulullah dan lama sangat wafat..
waktu ni adalah pada waktu pembukaan kali ke-2 al-Quds oleh Salehuddin al-Ayyubi..
beliau menawan kembali kota al-Quds yang telah ditawan oleh tentera Salib..
Bila beliau dapat menakhluk kembali kota tersebut, beliau dapati umat Islam yang terdapat pada ketika itu sangat lemah iman mereka..
Oleh kerana itu beliau telah membuat perbincangan bagaimana hendak menguatkan kembali keimanan umat islam..
Hasil perbincangan tersebut mempersetujui supaya rasa keberadaan Nabi Muhammad dalam kalangan umat Islam perlu dihidupkan kembali..
Oleh kerana itu, mereka berkeputusan untuk menyambut kelahiran Rasulullah pada setiap 12 Rabiul awal..
alhamdulillah..maklumat ne pun sya baru tau..
rupanya macam tu peristiwa yang menyebabkan sambutan Maulidul Rasul ne...

Wahai sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama menyeru
diri kita dan orang ramai supaya kembali mengingati dan mengambil pengajaran daripada sirah Rasulullah..
banyakkan selawat kepada baginda kerana orang yang paling bakhil adalah mereka yang tidak berselawat ke atas Nabi..
janganlah kita tergolong dalam kalangan mereka yang bakhil dan sombong...
^_^

Wallahu a'lam..

0 comments: