Blogger Templates

Tuesday, October 25, 2011

Janji yang tak tertunai..

sungguh..berat rasa di hati ku
hari ini hatiku disapa rasa bersalah..
bersalah kerana janji yang dulu aku katakan belum ku penuhi..
sbelum ini aku telah berjanji untuk menghubunginya..
.tapi apabila keadaan benar-benar mengizinkan, aku akhirnya terlupa...
terlupa akan janji yang dulu pernah aku metrai..

Ya Allah..khilafnya hamba Mu ini...
hamba Mu ini telah menyakiti sekeping hati pada saat ini..
ya Allah..Kau tiupkanlah kesabaran di dalam hatinya..
beserta dengan kelapangan..
agar hatinya tenang dalam mengharungi segala dugaanMu..

jauh di dasar hatiku aku ingin melihat sahabatku ini gembira..
gembira dengan keadaan hidup yang ditempuhinya..
bersama dengan rakan-rakan yang sefikrah dengannya..
betapa berat ujian yang diberikan untuknya..
tanda Allah itu sangat menyayanginya..
aku ingin menjadi sahabat di saat suka dan duka..
namun perbezaan di antara kami membataskan..
aku masih takut akan kemurkaan Allah
andai aku melanggar batas yang telah digariskan..
maka ya Allah..kau kurniakanlah teman yang memahaminya..
aku takut satu hari nanti aku tersasar..
terhunjam di lembah kehinaan
hanya disebabkan kealpaan yang memakan diri..

ya Allah..ampunilah daku..
hambaMu yang lemah lagi hina dan daif ini..

0 comments: