Blogger Templates

Wednesday, October 19, 2011

Duhai Diriku

Duhai Diriku..kenapa?
Kau mengeluh kepenatan
Kau muram kekecewaan
Kau murung kesedihan
Kau resah kebimbangan
Hanya kerana..
Mereka tidak datang
Apabila engkau mengajak kepada kebenaran..

Wahai diriku..
Bukan niatku melontarkan hamunku
Cuma teguran setulus salju
Tak seharusnya kau begitu!
Ku fahami impianmu,
SUpaya kita bersatu padu
Kusanjungi ketulusanmu
Mengajak ke jalan yang satu..

Namun,
Realiti memang tak seindah yang diinginkan
Lantaran ini penuh berliku
Perlukan kesabaran dan keteguhan jitu
Kau harus hayati hakikat itu!
Ingatlah peribadi pejuang sejati
Baginda menangis meniti hari
Bermulanya dari seorang diri
Menyampaikan dakwah sembunyi-sembunyi
Bukan Baginda tidak berani
Namun itulah tertib wahyu strategi Rabbi,
Ucapannya bukan sia-sia melainkan dari wahyu yang suci
Ucapannya hikmah dari kalbu bak embun pagi

Suburkanlah baik sangka agar hatimu tenang
Barulah makin kuat binaannya
Bukan dirundung kelemahan
Perbaharuilah iman mu
Saban ketika,
Ingat janji-Nya
Keredhaan dan syurga
Sedari sunnah dan perjuangan
Dipenuhi derita..dihujani kepayaan
Untuk kau tempuhinya dengan ketabahan
Jadilah orang yang menang!

0 comments: