Blogger Templates

Friday, October 21, 2011

Bidadari Hati Seorang Lelaki

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian...^_^
Sekarang ne cuti kat IPG dah bermula..ramai kawan-kawan yang balik..
yang tak balik tu..alamatnya jadi jeruk kat dalam hostel la..huhu..


hari ne saya nak cerita psal satu topik yang memang dah biasa kita dengar..
rasa-rasanya apa eak??/hehehe..tentang WANTA!!!
hmm..^_^..
korang tau tak..wanita ni salah satu ciptaan Allah yang unik tau..nk tau kenapa??? sebab orang lelaki selalu kata kaum wanita ni lemah..tapi hakikatnya Allah ciptakan wanita dengan pelbagai kelebihan lain mengatasi lelaki..dalam erti kata yang lain, wanita ni kuat jugak la kn..hehe.. percaya atau tak, terpulang kepada diri individu tu sendiri..

Cuba kita imbau kembali...dalam sejarah Islam sendidi ada Khadijah..Sumaiyah..Masyitah..Asiah..dan banyak lagi tokoh-tokoh pejuang wanita..means...wanita tugasnya bukan hanya terperuk kat ceruk dapur macam kebanyakan lelaki fikirkan..tapi alhamdulillah sekarang ni kita dapat lihat banyak wanita yang berkerjaya...dalam situasi yang lain pulak, lelaki tak boleh hidup tanpa wanita..tapi saya yakin wanita boleh hidup tanpa lelaki asalkan dia tak hidup seorang diri..betol tak??

Lelaki sangat perlukan wanita..adakalanya di sebalik kejayaan seorang lelaki tu, mesti ada nama seorang wanita dan disebalik kegagalan mereka pun pasti ada seorang wanita..betol tak? Ada yang tak setuju??(no need to tell me..hehe) Hebat kan wanita..banyak sangat bagi kesan pada lelaki..sampai kadang-kadang sebab insan yang bergelar wanita ini jugaklah hati seorang lelaki jadi lalai..lalai daripada mengingati Allah..lalai dengan kehidupan duniawi..(huhu..na'udzubilahi min dzalik..)


Wanita boleh mempengaruhi seorang lelaki..dalam erti kata yang lain...wanita boleh ubah sikap seorang lelaki..ada seorang kakak senior saya cakap..'Kita takkan pernah dapat ubah lelaki so jangan pernah terfikir nak lelaki!' hurm...truthfully, saya tak berapa la nak setuju dengan statement kakak tue..sebab ada certain lelaki yang berubah disebabkan wanita..tapi!!! ada tapinya tau..tapi, seorang elaki tu mesti ada keinginan yang kuat untuk berubah..seorang hawa hanya boleh menjadi pendorong semangat..bukan boleh mengubah seseorang dalam sekelip mata tau!! jangan terkeliru di situ... Sama seperti firman Allah dalam surah al-Ra'd ayat 11 yang bermaksud:
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu 
sehingga mereka mengubah nasib diri mereka sendiri."
Wanita tak kan dapat ubah lelaki tu sekiranya dia tak ada kehendak untuk mengubah diri sendiri. Peringatan buat calon-calon bidadari syurga, marilah kita sama-saa mengelakkan diri kita daripada terus menerus menjadi fitnah bagi lelaki...kerana fitnah terbesar bagi seorang lelaki adalah wanita..siapa? kita ni lah..huhuhu.. So try2 la elakkan daripada jadi macam tu eak..tumpukan matlamat kita untuk menjadi wanita solehah..yang sentiasa menjadi idaman setiap lelaki..



p/s: hehe..sari sangat2 sebab guna bahasa rojak..bm + bi..huhuhu

0 comments: