Blogger Templates

Sunday, July 24, 2011

Ramadhan al-Mubarak..

Alhamdulillah..xlame lg bulan Sya'ban akan berakhir..
kemudian bulan Ramadhan pulak yg datang..
ringdu sngt ngn Ramadhan..lebih2 lgi bile dgr lgu Harapan Ramadhan..
InsyaAllah Ramadhan kali ini akn lebih bermakna bgi kita smua..
sbg umat Islam..bulan Ramashan perlu disambut dgn kegembiraan..

sepatutnya kita bersyukur taw sebab dpt merasai bulan Ramadhan..
yg juga dikenali sbg bulan keberkatan..
nak tau kenapa???

Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : 
"Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah  ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini".

kelebihan bulan ramadhan ni byk tau..
salah 1nyer adalah..terdapatnya mlm lailatul qadar..
malam yg lebih baik drpd seribu bulan..
Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). 
Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh..
berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w)  pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada  umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari..

seronok sngt org yg dapat berjumpa dgn malam al-Qadr..
nk tau lgi??hmm..pintu neraka ditutup manakala pintu syurga dibuka seluasnya untuk org2 Islam..^_^
syaitan2 pula akan dibelenggu Allah..
Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya...
Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab Al-Janan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
    • a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
    • b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
    • c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
    • d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
    • e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Haa..biasanya org yg berpuasa ni nafsu makan sewaktu berbuka mmg membuak2..
buktinya lebih rmai org yg berkunjung ke bazar2..bkn x boleh..
tpi bila dh datang sana, mesti dua2 blh tgn full dgn mknn..
Alhamdulillah la kalw smua mknn tu habis dimakan..mna taw kalau2 nk disedekahkan..
tpi di sini sya nk share 10 tips pemakanan sepanjang bln Ramadhan..^_^


  1.   Berbuka dengan membaca doa.
   
   2.   Mulakan dengan minum jus buah-buahan (tanpa gula) atau air yang sedikit manis dan buah kurma 1-2
         biji disusuli dengan sembahyang maghrib dan sunat awwabin mengikut kemampuan masing-masing.
   
   3.   Bolehlah makan nasi & "noodles"
 
            Nasi                    "Noodles"
            Nasi putih            Mee/ Bihun} Berkuah/ Sup
            Nasi ulam            Koayteow  }
            Nasi kerabu
 
    4.    Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak dan berminyak.
   
   5.    Lebihkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.
   
   6.    Kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.
   
   7.    Berhenti makan sebelum kenyang.
   
   8.    Lebihkan minum air.
   
   9.    Selepas sembahyang terawih, bolehlah menjamu 1-2 potong kuih, buah-buah atau jus buah-buahan.
  
   10.   Bersahurlah dengan memakan makanan yang tidak berminyak dan berlemak. Pilihan yang disyorkan
           adalah seperti berikut:
           
            Nasi putih               Oats/ Nestum
            Roti/ Ban                Buah-buahan/ Kurma
   
   Lebihkan ikan, ayam tanpa lemak, daging pepejal (tanpa lemak), hadkan telur dan makanan laut.

tips pemakanan ni kalau nk diteruskan untuk bulan2 lain sya rasa x salah jgak..
smua org mesti jga kesihatan jgak kan..
yang penting...ibadah kita pada bulan Ramadhan ni harus dipertingkatkan.

Di kesempatan ini, saya nk mohon maaf kat smua warga readers yg sudi singgah kt blog ni..
ye lah..mna tau kn sya ada terkasar bahasa tnpa sya sedari..
ataupn terguris perasaan sesiapa..^_^

selamat menyambut bulan Ramadhan...~

0 comments: