Blogger Templates

Saturday, June 25, 2011

gurlzz..^_^

Assalamualaikum..
kalam suci pembuka bicara..
insyaAllah apa yg bakal dibicarakan dpt kita kongsikan brsama..^_^


seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata..wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil..
tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi..itulah yang terbaik
muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona..tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu..
muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya..tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu..
muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya..tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan..
muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa..tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran


drpd ayat kat atas tue..apa yg dpt saya ktakan...sbg wanita muslimah, mesti pndai jaga maruah diri..
smua benda mesti dijaga terutamanya cara berpakaian..cara berbicara..pergaulan..
urm..byk lgi la..yg tu je yg dapat saya list kn..hehe..^_^

slalu rakan muslimah saya ckp..nnt nk kn psngn hdp yg soleh..
yg nk saya tekankn d sini..mcm mna nk dpt yg soleh kalw diri sndiri belum jd solehah??
saya pernah baca dlm 1 buku..penulis dya ckp..kita xkn dpt sblm kita memberi..
means..kalw nk dpt suami yg soleh, kita kena lh dulu jdi solehah..hehe..
setuju x dgn apa yg sy ckp neyh???

"Janganlah perempuan -perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga menghairahkan orang yang ada perasaan dalam hatinya,tetapi ucapkanlah perkataan yang baik-baik”(surah Al Ahzab:32)

susah x nk jdi wanita solehah??hmm..bgi saya..mmg susah la bagi org yg bru nk jinakkan diri dgn cara berpakaian n cara pergaulan yg terbatas..
tpi semua tue ada hikmahnye taw..selalunya benda yg dijaga dgn baik lebih berharga..
btol kn..kalw nk diri dihargai, jagalah maruah diri.. :)


Tuhan menjadikan wanita untuk menghiasi bumi ini. Tanpa wanita dunia ini terasa sempit & tidak seronok untuk didiami. kaum lelaki akan berasa rimas sebagaimana Nabi Adam A.S. pernah dilanda gelisah meskipun hidup dipenuhi kenikmatan di syurga. Lalu baginda memohon kepada tuhan agar dijadikan seorang teman agar boleh dia berbicara, bergurau senda & membina sahsiahnya. makan terciptalah Siti Hawa dari tulang rusuk kiri Nabi Adam A. S. & segala kenikmatan syurga disekeliling terasa wujud...
Tanpa Permaisuri siapakah lelaki yang digelar raja
Tanpa isteri siapalah lelaki yang digelar suami 
Tanpa wanita siapakah lelaki yang mahu digelar pemimpin. 

lihatlah betapa pentingnya wanita..
tpi wanita pn bleh jdi ssorg yg boleh jatuhkan kaum adam taw..
so..berhati-hati..hehe..




Wahai wanita jangan dibangga dengan kecantikan luaran, 
kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, 
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman, 
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat Rahmat ilahi, 


Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu duniawi yang kau kuasai,
kerana ada lagi manusia yang lebih berpegetahuan darimu, 
Wahai wanita jangan pula berdukacita atas kekurangan dirimu, 
kerana ada lagi insan yang lebih malang darimu, 
Wahai wanita solehah jangan dirisau akan jodohmu, 
Kerana muslimin yang bijaksana itu tidak akan terpaut pada wanita hanya kerana kecantikannya, 
Bersyukurlah diatas apa yang ada, 
Serta berusaha demi keluarga, bangsa dan agama. 



Salam perjuangan untuk sahabatku, 
Wanita solehah. 



"Wanita hiasan dunia, Seindah hiasan adalah wanita solehah

0 comments: