Blogger Templates

Sunday, May 22, 2011

Bumi Tarbiah

Alhamdulillah..
Semenjak menjejakkan kaki di bumi Miri pertengahan tahun lalu, pelbagai pengalaman yang ana lalui..di sinilah ana dapat mengenali daurah dan pelbagai lagi program yang dilaksanakan untuk memantapkan nilai Iman dan Aqidah..Memang agak full msa..tpi bak kata Allah..sekiranya kamu membantu agama Allah, Allah akan membantu kamu..ana hanya berpegang dengan kata-kata tu.

Wlaupn byk ilmu yang ana perolehi berkat daripada banyaknya menghadiri majlis ilmu, namun itu bukan bermaksud ana dapat mengamalkan kesemuanya. Kadangkala ada rsa sayu di hati bila mana tindak tanduk yang dilakukan tidak kena dengan niat di hati yang ingin melakkan perubahan. Ana tak tahu di mana silapnya..mungkin niat yang tersasar ataupun hati ana sendiri.

Ana beruntung dapat mengenali akhowat yang banyak membimbing ana dalam membentuk jati diri sebagai seorang muslimah. Namuun setakat mana ana menggunakan peluang yang ada? Ana agak kecewa dengan diri sendiri. Dalam al-Quran sendiriada disebutkan..

      "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka mengubah nasib mereka sendiri"

Ini bermaksud ana perlu tekad yang kuat untuk berubah. Setiap hamba Allah itu tidak lepas dari ujian dari-Nya. Alhamdulillah Allah masih sayangkan ana. Buktinya ana diberi ujuan yang agak berat bagi ana tapi Allah tahu ana masih ampu untuk bertahan.

Semenjak Januari 2011, ana berada di bumi Miri ni tanpa berpeluang untuk menjenguk family yang berada di Sabah. Jauh memanglah tak. Tapi ana berasa terpanggil apabila diberitakan perihal family ana yang dilanda masalah besar. Saat inilah ana akan kembali kepada Allah. Mungkin sebab tu Allah beri ana ujian..agar ana x lupa mengingati-Nya. Alhamdulillah..

Ana harap agar segala kesulitan agar dipermudahkan Allah. InsyaAllah.

0 comments: